ANTARA DUA DARJAT



Bismillah,

Antara Dua Darjat saya fikir inilah tajuk yang sesuai untuk membincangkan antara syurga dan neraka.Antara Syurga dan Neraka..mana pilihan kita?

Mungkin semua akan menjawab syurga tapi pernah tak kita fikirkan sebenarnya yang diucap tidak sama dengan yang dibuat.Syurga merupakan janjian Allah bagi hambanya yang beriman.Namun begitu adakah kita sudah tergolong antara orang beriman?Cukupkah dengan solat,puasa,zakat dan sebagainya sebagai tanda kita beriman?bahagia

Cuba kita fikirkan ,berapa banyak masa yang diperuntukkan untuk beribadah dan masa menghadap tv ?Sebenarnya ramai orang telah memilih jalan ke neraka dari ke syurga tanpa disedari.Hedonism sudah menjadi suatu kewajipan bagi sesetengah orang.Satu hari tanpa hiburan tak sah.Itu belum dikira dengan kemaksiatan lain.

Jalan ke syurga amat berliku wahai sahabat.Tidak cukup dengan kata-kata semata-mata tanpa amalan.Namun begitu,ianya menjadi cukup senang jika kita cukup bekalannya.Antara bekalannya yang utama ialah ilmu.Walau bagaimana pun ilmu tanpa amal hanya sia-sia sahaja.Sebagaimana pepatah arab: `ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah`.Yangmana pokok ditanam untuk mendapat buahnya.Jika tanpa buah tiada guna pokok itu ditanam.Amal saling berkaitan dengan ilmu tadi.

Dan kunci untuk mengelakkan kita terjerumus ke dalam kemaksiatan ialah solat.Firman Allah:
maksudnya:`Sesunguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar`.Berdasarkan ayat ini ketahui bahawa solat yang hakiki ialah yang mencegah kita dari kemaksiatan.Bagaimana solat kita?

Hawa nafsu merupakan musuh utama.Sesiapa pun tidak dapat lari dari godaan nafsu.Hawa nafsu yang dituruti akan membawa kebinasaan dan kesesatan

pensil ajaib Firman Allah kepada Nabi daud a.s mafhumnya:

Maksudnya: `Wahai Daud ,sesungguhnya Kami menjadikankamu khalifah di muka bumi ,maka berilah keputusan perkara di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu ,kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah...`
(surah sad:26)

Dalam menegaskan keburukan sifat menuruti hawa nafsu ,Abdullah Ibn Abbas(r.a) pernah berkata :
`Tuhan paling jahat yang disembah orang di muka bumi ialah hawa nafsu`.

Untuk mencegah manusia daripada mengikuti dorongan hawa nafsu ,al quran menjadikan sikap melawan hawa nafsu adalah salah satu tiket ke syurga.Firmannya:

Maksudnya: `Dan adapun orang yang takut pada keagungan Rabbnya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya,maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya`
(Surah al naziat: 40-41)


Sedarilah bahawa kita sedang hanyut! Bagi yang telah tersedar..bangunkan sahabat kita yang lain.ANTARA DUA DARJAT. Yang perbezaan 2 darjat ini amat jauh sekali berbeza.Ibarat langit dan bumi bahkan lebih jauh.

FIKIR-FIKIRKANLAH.

" Detikan hati seorang insan mengatakan,
kehidupan ini hanyalah detikan saat
Kekalkanlah sebutan diri setelah matimu
Kerana sebutan itu umurmu yang kedua"

-Ruhul Jadid


RUJUKAN: FIQH KEUTAMAAN -DR YUSUF ABDULLAH AL QARDHAWI

Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *