Jemaah islam…suatu penilaian?


Jemaah bermaksud sekumpulan manusia yang berkumpul untuk satu tujuan.Yang mengikut ta`rifan al quran dan assunnah,jemaah islamiyah ialah satu jemaah yang dibentuk oleh ulama` yang terdiri daripada ahli al halli wal aqdi yang berhimpun diatas mandate seorang khalifah bagi seluruh umat islam.

Sabda nabi SAW: “Hendaklah kamu berjemaah kerana sesungguhnya jemaah itu adalah rahmat dan perpecahan itu merupakan azab”

Kepentingan jemaah sangat besar dalam memartabatkan islam .Agak sukar untuk menggerakkan islam dalam keadaan seorang diri.Lihatlah kiri dan kanan anda.Mungkin ada contoh orang yang cuba menggerakkan islam secara solo ,namun hakikatnya kebanyakan mereka tumbang di separuh jalan perjuangan.Mungkin terus hilang entah ke mana.

Hatta dalam seharian pun ,sifat jemaah diterap.Lihat saja dalam sejarah islam.Nabi saw sendiri menekankan perbuatan secara berjemaah sangat besar ganjarannya.Lihat saja dari solat hingga lah kepada pembentukan Negara.Jemaah sangat dituntut .Nabi sendiri mengarahkan kepada sesiapa yang ingin keluar ,walaupun seramai 3 orang hendaklah dilantik ketua.Ciri-ciri jemaah telah pun diterapka oleh nabi SAW dalam keadaan tersebut tadi.

Pembentukan sebuah daulah islamiah adalah bermula dari sebuah jemaah islam .Tujuan jemaah ini hendaklah menepati tuntutan jemaah yang sebenar.Disini saya kemukakan beberapa contoh jemaah islam yang menghampiri kepada jemaah islam yang dikehendaki masa kini.Sebagai contoh gerakan Ikhwanul Muslimin yang berpusat di Mesir dan Pas di Malaysia .Ini berdasarkan pengamatan saya yang lemah ini.Mungkin terdapat kesilapan disitu harap dimaafkan.

Assyahid Hassan Albanna salah seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin

INTIMA` KEPADA JEMAAH ISLAM….Mudah ke?

Intima` dengan jemaah iaitu kita mengikat janji setia serta memberi sepenuh komitmen terhadap gerakan jemaah adalah salah satu cara dalam menyumbang kearah pembentukan khilafah islamiyah.

Mungkin tidak ramai yang sedia untuk mengikat janji setia terhadap jemaah islam kerana dalam perjuagan menegakkan hukum allah pelbagai rintangan dan dugaan datang bertubi-tubi tanpa mengira masa dan ketika.Tangisan darahlah yang menjadi peneman setia bagi mujahid-mujahid ini..Tapi itulah hakikatnya.Dalam perjuagan ,anda tidak akan dibentangkan dengan karpet merah dan disambut dengan dayang-dayang .Namun anda akan di bentang dengan darah-darah serta caci maki hamun.Kerana dalam perjuagan penuh onak duri.


Lihat saja sirah rasul junjungan kita.Dalam memilih halatuju dakwahnya ,beliau tidak memilih jalan senang walaupun tawaran daripada kafir Quraish mahu menberikannya harta dan pangkat dalam masyarakat Quraish ketika itu.Dalam fikiran orang yang daif seperti kita,dengan pangkat sahaja kita dapat melaksanakan dakwah.So sewajarnya rasul menerima tawaran tersebut.Tidak begitu?

Namun dalam kisah ini,rasulullah SAW memberi sign awal kepada kita bahawa untuk membentuk sebuah daulah islam itu perlu bermula dari akar umbi dan jalannya tidak semudah yang kita sangkakan.

Oleh itu perlulah kita wujudkan kesedaran semua terhadap kepentingan berjemaah dalam ertikata lain perpaduan dalam suatu ketumbukan dapat mengalah kekufuran dan dapat menegakkan Islam itu sendiri.Marilah kita sama –sama berada dalam sebuah jemaah islam yang benar-benar membawa kita kepada Allah .


Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *