Rawatan Stress







Setiap perkara yang dizahirkan oleh tubuh sama ada dalam bentuk psikologi, karektor, gaya pemikiran dan tingkah laku, semuanya akan melibatkan organ-organ tertentu. Kawasan yang terlibat dengan stress atau tekanan perasaan (perasaan rasa tertekan) ialah Medulla Oblongata yang terletak di belakang tengkuk. Jika terasa sakit belakang kepala atau belakang tengkuk hingga ke bahu atau sendi lengan, ia menunjukkan kawasan kawalan stress sedang lemah. Kelemahan ini menyebabkan seseorang tidak ada keupayaan untuk mengendalikan sesuatu tugas atau keadaan persekitaran melebihi daripada satu perkara.Jenis pekerjaan atau tugasan atau sesuatu situasi bukan punca kepada terjadinya stress. Misalnya ada dua orang pekerja bekerja di dalam bilik pejabat yang sama dan melakukan tugas yang sama serta dalam persekitaran yang sama. Tetapi seorang mengadu stress, tetapi seorang lagi tidak. Ini menunjukkan pekerja yang mengadu stress tidak ada keupayaan untuk menangai keadaan persekitaran (tempat kerja) manakala seorang pekerja lagi boleh menanganinya dengan mudah.








Jenis Stress




1. Stress akibat tekanan dead line atau tempoh tamat. Biasanya saat persediaan untuk menghadapi peperiksaan atau ingin membuat presentation. Tugasan yang diberikan tetapi tidak dapat disempurnakan mengikut tempoh waktu atau jadual yang ditetapkan akan menjadi punca stress. Tanda masalah ini dapat dirasai di bahagian belakang tengkuk rasa seperti "silap bantal" setelah bangun dari tidur.








2. Stress akibat kerja harian. Rasa sakit ini seperti terasa tengkuk patah. Suka menggeleng-gelengkan kepala seperti mematahkan leher hingga berbunyi. Ini juga bermaksud ada banyak angin dalam badan.




3. Stress akibat kesakitan seperti kemalangan, demam secara tiba-tiba atau menerima berita yang megejutkan. Sakit ini dapat dirasai di bahagian sendi lengan atau kawasan Cervical (terutamanya C7).




Ringkasan Sympathetic Dan Parasympathetic




Faktor PemakananPunca kelemahan di bahagian Medulla Oblongata ialah kerana Pankres terbeban dengan diet yang mengandungi urik asid. Antara makanan yang boleh meningkatkan urik asid ialah;



1. Makanan ringan (keropok, mee segera)2. Kopi, terutamanya neskefe.3. Makanan segera (KFC, McDonal, Pizza).4. Makanan yang mengandungi perisa (mionis, sos, kicap, MSG, ajinomoto) .5. Roti (kecuali roti yang dibuat tanpa yis spt roti prancis) .6. Daging ayam.7. Minuman bergas / bikarbonat.8. Makanan berkoko.




Selain makan yang sememangnya mengandungi urik asid yang tinggi di seperti yang disenaraikan di atas, adab atau cara pengambilan makanan yang tidak sihat juga akan menjadikan kadar urik asid bertambah atau menukarkan makanan menjadi karbohidrat dan lemak yang berasid.



Antara amalan tersebut ialah;1. Makan bersulam air.2. Makan sambil menonton TV cerita sedih atau menyakitkan hati.3. Makan ketika sedih.4. Makan sambil memikirkan sesuatu masaalah atau konflik.5. Tidur serta merta selepas makan.6. Heavy smooker (kerap merokok dalam sehari).





Petua Adab Makan

Oleh itu, dengan mengurangkan pengambilan makanan ini, insya Allah akan dapat mengurangkan bebanan pankres untuk memproses dan meneutralkan urik asid (melalui rembesan glikogen).Urik asid boleh dineutralkan dengan beberapa cara. Antaranya ialah1. Mengambil makanan yang beralkali antaranya ialah kurma, minyak zaitun, susu kambing, daging kambing, timun, buah delima, buah kismis.2. Kini terdapat alat penapis/pemproses air yang menjadikan pH air beralkali. Di pasaran, agak sukar menemui air alkali yang dibotolkan. Air RO dan air suling adalah neutral dan tidak digalakkan.

Amalan yang mengurangkan stressGlikogen (yang berperanan meneutralkan urik asid) dan neuron Medulla Oblongata boleh ditingkatkan keupayaannya dengan amalan atau petua seperti berikut;



1. Amalkan mandi air sejuk sekurang-kurangnya 3 kali sehari (mandi 2 kali sehari tidak berkesan).2. Amalkan minum air sejuk berais, kunyah ais batu selepas minum akan meningkatkan penyusunan neuron di Medulla Oblongata.
3. Dapatkan tidur yang lena dan tidur awal pada waktu malam untuk mempertenagakan Medulla Oblongata.4. Tidur Qailullah (tidur sebentar pada waktu siang) akan mengoptimumkan penghasilan glikogen oleh pankres.



Amalan ini semua adalah penyelesaian stress dari sudut holistik dan amat berkesan. Mereka yang dapat melaksanakan amalan ringkas ini dengan sedirinya akan memperoleh idea yang pantas, ilham dan gerak rasa (instinct) untuk mengatur dan mengurusakan diri dan persekitaran.Faktor GeomensiStress juga bersangkutan dengan hukum fizik yang berkaitan dengan Teori Letakan atau Geomensi. Letakan atau susun atur perabut atau binaan persekitaran mempengaruhi aliran udara serta aruhan elektromagnetik terutama ion-ion elektron (bercaj negatif). Ion-ion elektron berperanan untuk membantu neuron di Medulla Oblongata untuk tersusun dan bersedia untuk mengatur dan mengendalikan impulse (isyarat) dengan berkesan.



Untuk menangangani stress, kita perlu berada dalam suasana yang boleh mengaruhkan ion-ion elektron di dalam udara persekitaran. Berikut ialah beberapa berkara yang boleh diambil perhatian untuk menangai stress dari faktor geomensi.



1. Membuat susun atur fail/peralatan kerja.2. Mengemas dan mengelakkan persekitaran yang kotor.3. Duduk dengan cara yang sopan dan teratur.4. Tidur di tempat yang bersih dan teratur.Penyusunan yang teratur bermaksud bersemetri dan seimbang. Susunan yang serong (kononnya stile) masih dianggap sebagai tidak teratur.Faktor WarnaSetiap warna mempunyai pengaruh terhadap karektor dan organ. Oleh itu, pemilihan warna sejuk akan membantu menangai stress dengan berkesan.




Antara warna sejuk ialah;
1. Putih
2.Pink
3.Violet
4.Indogo
5.Biru
6.Hijau







Warna panas yang wajar dihindari ialah
1.Kuning
2.Oren
3.Merah



Penggunaan warna ini lebih sesuai dijadikan sebagai pakaian dan warna peralatan atau perabut dalam rumah seperti langsir, selimut atau cat dinding.






Warna Hari Resonan

Behavior TherapyPunca kelemahan Medulla Oblongata biasanya disebabkan oleh Pankreas yang turut berfungsi menjaga karektor "Keperihatinan". Falsafah "Keperihatainan" atau karektor yang dikawal oleh Pankreas ialah "Memikirkan sesuatu terhadap orang lain". Pecahan "Keperihatinan" amat luas, ia mudah dikesan atau memerlukan muhasabah yang tinggi untuk mengesannya. Ia boleh jadi jelas atau amat tersembunyi jauh di dalam jiwa seseorang. Antaranya pecahannya ialah;1. Cemburu2. Tidak senang melihat orang lain lebih daripadanya3. Rasa tercabar4. Geram5. Hasad6. DengkiSelain daripada yang disenaraikan di atas, sikap yang seumpamanya adalah menurut falsafah "Memikirkan sesuatu terhadap orang lain" atau ringkasannya "Keperihatinan". Ia boleh jadi menyebabkan sikap negatif tertonjol atau boleh jadi membawa kesan yang baik terhadap diri. Contoh sikap negatif ialah sehingga boleh menjadikan seseorang itu bertindak untuk menjatuhkan orang lain (yang difikirkan itu). Contoh sikap positif ialah usaha untuk mengatasi orang lain (yang difikirkan itu) dengan cara ikhlas, sabar dan bersungguh-sungguh tanpa perlu mengganggu orang lain (yang difikirkan itu).




Pankreas dan organ-organ bahagian penghadaman yang lain semuanya berkaitan dengan gaya pemikiran, keupayaan berfikir, ketajaman berfikir, penghayatan dan apa sahaja yang melibatkan metal. Pemikiran yang baik dikawal oleh keikhlasan. Keikhlasan adalah penawar kepada masalah Pankreas.





Banyak lagi faktor-faktor lain yang menjadi punca stress dan terdapat banyak juga langkah untuk mengatasinya. Antaranya seperti faktor numerologi (Hukum Kronologi Berulang atau ilmu pernomboran) atau faktor karektor .









Dipetik dr: Rawatan kesihatan

Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *