PAS ,UMNO..dibubarkan?


Tergerak hati gak nak ulas bab-bab politik.Tapi kekangan masa dan kurang desire nak ulas tu menyebabkan minat berkurang dalam nak mengulas bab-bab camni.


Pandangan rasanya tak salah untuk duduk semeja berbincang namun untuk bergabung agak sukar dirasakan .Pandangan saya dalam penyatuan untuk kesejahteraan islam memang wajar mereka berbincang tetapi untuk bergabung adalah tidak sesuai buat masa sekarang.Tambahan pula tidak mahu masuk ke lubang biawak 2 kali.Sejarah telah mengajar bagaimana disebalik keikhlasan kita ada yang mempermainkan.Hati-hati dalam memainkan isu ini.


Sebagaimana perjuangan bangsa yang sememangnya ditolak mentah-mentah dalam islam.Jika perjuangan bangsa lah yang dibawa oleh rasulullah maka orang yang islam adalah orang-orang arab sahaja la.Kerana rasulullah akan sebarkan kepada bangsanya sahaja.Namun rasulullah sebarkan kepada semua kerana beliau rahmatan lila`lamin..


Dalam suatu keadaan ,perjuangan bangsa ada baiknya namun yang buruknya lebih banyak dari yang baik.Dan 2 parti yang mempunyai ideologi berbeza dari sudut dasarnya sudah cukup memberi sign bahawa kesepakatan dalam penggabungan agak sukar dicapai kerana masing-masing ada matlamat masing2.


Namun begitu harus difaham,muqabalah wajar diteruskan dan di teruskan dari semasa ke semasa untuk kesejahteraan islam.Bgai pendokong pula jangan mudah goyah dengan ugutan kafir yang sememangnya tidak senang dengan situasi ini.


Akhir kata, pergabungan saya rasakan agak sukar dicapai dengan bacaan politik sekarang namun persefahaman dalam isu-isu tertentu mungkin dicapai.Walau apa pun..harus diingan n bare in your mind yang ISLAM wajib dijadikan garis panduan sebenar.Bukan berladaskan bangsa semata-mata.Wallahu`alam.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *