Surat Cinta




Hati kita gembira bila menerima sepucuk surat.Apatah lagi surat cinta dari seseorang yang kita minati.Itu fitrah bagi seorang manusia.Mana tidaknya jika ia hasil tulis tangan buah hati.Semuanya cantik dan indah dipandangan mata.Walaupun mungkin si dia jauh nun disana...namun ada surat sudah cukup untuk menjadi pengubat rindu.


Namun dalam hakikat kita hidup di bumi tuhan ini,ramai yang melupakan sepucuk lagi surat cinta yang sangat penting dalam hidup kita.Surat cinta yang diutuskan khas buat kita.Kita sering terlalai dan lupa akan surat cinta dari Allah.Surat cinta dari Allah yang saya maksudkan adalah Al quran.Yang semakin dilupai.Kita sanggup untuk membaca surat cinta dari yang tersayang berkali-kali setiap hari.Tak jemu dan tidak puas.


Namun berapa ramai yang tak jemu dan tidak puas untuk membaca surat cinta dari Allah.Berapa kali kita membaca surat cinta ini?Sekali kah..dua kali kah..atau tidak pernah langsung?


Surat yang diutus khas untuk manusia agar mereka kenal siapa diri yang sebenar dan siapa yang menciptakan mereka.Surat ini penuh dengan panduan dan kesempurnaan untuk dijadikan tuntunan dan pegangan seharian.Mana mungkin hendak perbaiki kereta wira tapi menggunakan teknik dan buku manual kereta Waja ataupun Saga.Begitu juga manusia..yang maha pencipta ,Maha tahu atas setiap kehendak dan tingkah laku hambanya.

Maka Dia sediakan manual khas (buku khas) untuk manusia jadikan panduan dalam kehidupan mereka.Terpulang kepada mata hati mereka samaada ingin menerima ataupun menolaknya mentah-mentah.


Oleh itu wahai sahabat sekalian,dikala bumi sudah sampai ke penghujung hayatnya,entah berapa lama lagi hayat nya..mungkin setahun..mungkin sebulan..mungkin seminggu..mungkin sehari..dan mungkin sekejap lagi kita akan dipejamkan.APA AMALAN YANG KITA BAWA UNTUK DIPERTONTONKAN DIHADAPAN ALLAH?


Apa surat yang diutusNya kita baca?Kita ambil iktibar?Renungkan sebuah ayat dari ayat-ayat cinta Allah ini:


" (Iaitu) orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-mainan dan senda gurau dan kehidupan dunia telah menipu mereka.Maka pada hari (kiamat) ini ,Kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini,dan (sebagaimana) mereka mengingkari AYAT-AYAT kami ".
-Al A`raf : 51
Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *