AHLI DAKWAH YANG PERASAN


Hari ini saya ingin mengajak rakan-rakan menghayati dan merenungi tentang masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli dakwah.Yang saban hari mencanang dan mengatur pembawaan islam di kampus mahupun dalam masyarakat.Namun disebalik kesungguhan mereka mencari redha Allah namun terdapat beberapa kelemahan yang perlu kita baiki bersama.Mari kita melihat dan mungkin rakan-rakan mempunyai pelbagai cadangan dalam mengatasi masalah ini:

1.Syok sendiri-Hanya berkawan dengan seangkatan dengannya.Kalau yang bertudung labuh..hanya ingin menjadikan yang bertudung labuh sahaja sahabatnya dunia akhirat..Sedang mad`u diluar yang belum ada kefahaman Islam tidak didekati. Yang free hair” ana tak layan”.


2. Pengurusan `sampah`-Pengurusan masa sangat lemah.Meeting jam 2 datangnya jam 2.30 petang.Atau dengan kata lain `janji xxxxxx`.Saya cukup kecewa dengan sikap begini .Bagi ahli dakwah yang memulakan sesuatu dengan alfatihah dan mengakhirinya dengan surah wal-A`sr(Demi masa) sikap ini cukup menjijikkan.Kalau ada hal boleh consider lagi..tapi yang peliknya sempat lagi tidur.Jika meeting jam 2 maka jam 2 lah baru hendak bangun dan bersiap..Kelemahan pembahagian masa antara aktiviti dakwah dan study juga mengakibatkan mereka kecundang dalam kedua-dua bidang ini.


3. Sami`na wa ata`na (dengar dan taat)-ini suatu sikap yang tidak patut diamalkan dalam kita bersosial.Terlalu ikutkan cakap seseorang tanpa berfikir dahulu atas alasan penat brainstorm inilah menjadikan gerakan dakwah lesu dan melahirkan golongan pejuang yang mandom.Dan mahasiswa yang malas berfikir.


4.Cintakan jawatan-`ana rasa ana boleh handle`.Ini suatu rangkap yang diucapkan oleh mereka yang merasa` terlalu` bertanggungjawab.Dalam masa yang sama menjawat jawatan yang banyak padahal dirinya tidak mampu.Pada akhirnya yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran.


Penyelesaian:


1)-Jaga hati ,akhlak dan bergaul dengan semua lapisan masyarakat.Jangan terlalu sibuk brainstorm projek-projek grand untuk muslim mahupun non-muslim namun pada hakikatnya diri sendiri tidak melaksanakannya.Jangn jadikan kesibukan sebagai alasan hendak melarikan diri dari tugas kita sebagai pendakwah.


2)-Ahli dakwah wajar mempunyai kesedaran pentingnya masa kepada kita.Sebagaimana kata businessmen “Time is money”.Begitu juga penekanan dalam kewajiban menunaikan janji.Bagi mereka yang fail dalam sudut ini,maka mereka bukan lah orang yang betul-betul berdisiplin.


3)Berfikir dahulu baru buat.Setiap tingkah laku wajar diselidiki dahulu.Fikir kesan baik dan buruknya.Gunakan fiqh awlawiyat (feqah keutamaan) yang dipelajari.


4)Terima jawatan sebagai amanah bukan sebagai kebanggaan.Terimalah jawatan mengikut kemampuan.Jika merasa diri sudah tidak mampu elok lah di `passing` kepada rakan lain yang mungkin lebih baik dari kita. Dari kita mengambilnya tapi tidak dilaksanakan dengan sempurna ataupun tidak dilaksanakan langsung.


Terdapat beberapa lagi masalah yang melanda ahli dakwah sekarang.Masalah ini kita kongsi dan diri ini juga tidak terlepas dari maalah ini.Cuma 1 pertanyaan.Apa yang kita buat untuk atasinya?Mungkin rakan-rakan ada pandangan dan ader komen dialu-alukan.Untuk perkongsiaan bersama dalam memajukan Islam kehadapan lagi.

Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *