Bagaimana menawan hati kawan dan Lawan



Tajuk ni saya kira paling sesuai untuk saya coretkan buat kali ni.Namun begitu saya bukanlah seorang yang hebat,cume ingin sekadar kita berkongsi sedikit sebanyak dari hasil pembacaan saya dari beberapa buku dan pemerhatian.Disini saya lampirkan buat tatapan rakan sekalian bagaimana menawan hati kawan mahupun lawan.


BAGAIMANA MENAWAN HATI KAWAN @ LAWAN


Prinsip 1:
Hadirkan sifat ini dan anda akan dialu-alukan dimana-mana sahaja anda pergi.Hatta ke pasar mahupun ke kuliah dan sekolah.=jadi orang yang menarik supaya orang tertarik.Menarik kadang2 tidak di lihat oleh rupa tapi ia terserlah oleh sikap anda.So jadilah yang benar-benar menarik.Dengan kata lain IKHLAS dalam bersosial.


Prinsip 2:
Cara yang paling mudah dan ringkas tapi ramai yang mengabaikannya.Ia mesti di lakukan dengan penuh keikhlasan barulah masyarakat disekeliling akan senang dengan anda.Pasti ada yang tertarik= senyum


Prinsip 3:
Jika anda tidak melakukan tindakan ini maka anda akan menghadapi masalah besar dalam berkomunikasi.Apakah ia ya?= Mengingati setiap nama kawan dan lawan anda.Serta sesiapa sahaja yang dijumpai.


Prinsip 4:
Tindakan sebegini penting dalam mengekalkan keharmonian anda dalam berorganisasi.Jika anda seorang leader maka sikap ini sangat penting untuk anda amalkan= Jadikan pendengar yang terbaik.Jangan cepat membalas setiap apa yang anda dengar dengan negative sign.Encourage them untuk menceritakan tentang diri mereka,mungkin masalah mereka.Barulah mereka merasa dihargai.


Prinsip 5:
Macammana ingin menjadikan anda diminati ramai.Sesudah itu kata-kata anda seolah-olah sangat berharga buat mereka yang mengikut anda.=Bercakap interm of the other person`s interests.Ikut dan lihat apa kemahuan dan minat orang yang akan anda tawan hatinya.Bercakap atas minat nya .Bukan minat anda.


Prinsip 6:
Bagimana pula ingin menjadikan diri anda disukai dalam sekejap sahaja pertemuan?Diri anda akan dihargai jka anda melakukannya.Dan kawan mahupun lawan akan menghormati anda.Lawan mungkin boleh berubah menjadi kawan.=Jadikan mereka sangat penting buat anda dan mereka rasa diri mereka sangat penting buat anda.Dan lakukan dengan seikhlas hati.


Prinsip 7:
Wajar dilakukan tindakan ini.Moga-moga mnjadikan kawan anda selesa bersama anda.Apakah ia?=Penampilan kemas walaupun diri ini tidak secantik dan sehensem bintang2 filem tanah air mahupun hollywood.


Inilah sedikit perkongsian .Selamat mencuba dan praktikkan .Insyaallah diri anda akan dihargai,disayangi rakan mahupun lawan.






PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *