4 tahap dakwah Nabi Muhammad..


Sebelum saya menutup tirai laptop untuk bulan ini kerana exam maka saya tergerak hati ingin berkongsi dengan rakan2 sekalian tentang 4 tahap dakwah nabi SAW.Saya petik dari buku `Peringkat Dakwah Nabi` karangan T.N Abdul Aziz Nik Mat.Siri 3.


Tahap 1: Secara sirran(rahsia): ia dilakukan selama 3 tahun dari turunnya wahyu kepada nabi.Sebagaimana kita tahu ia berlaku di rumah Al arqam bin abi al arqam.Usrah inilah yang pertama yang dijalankan oleh nabi dalam menyampaikan dakwah islam kepada masyarakatnya.


Tahap2: Secara terbuka.Namun begitu ianya melibatkan lisan semata-mata.Tempohnya berlaku dalam masa 10 tahun.Ianya berlaku sebelm nabi berhijrahke madinah.Dalam tempoh ini nabi berani memberi ceramah dikhalayak ramai.


Tahap 3: Secara terbuka tetapi ditambah dengan kesanggupan untuk mempertahankan diri demi kebenaran agama Allah dengan jiwa,harta dan nyawa sekali pun.Dakwah peringkat 3 ini berjalan sehinggalah berlakunya `sulh Hudaibiyyah` /Perjanjian Hudaibiyyah.
Rujuk al fath ayat:27


Thap 4:Secara terang terangan ditambah pula dengan sikap tegas bersedian melawan mempertahankan islam dari ancaman musuh2 islam .Oleh itu nabi dan sahabat bersedia menghunus pedang jika islam diancam .




Peringkat2 dakwah nabi ini jelas menunjukkan bahawa penyebaran islam tidak menggunakan kekuatan senjata semata-mata seperti yang didakwa oleh golongan yang menentang islam dan golongan orientalis barat.Tetapi tentangan oleh islam dilakukan apabila islam di serang ataupun gangguan oleh pihak musuh2 islam.Sedikit coretan pagi isnin.Semoga allah merahmati dan memberi hidayah kepada kita semua dan kita termasuk dari rantai2 yang menyambung jalan perjuangan nabi SAW.Wallahu`alam.
Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *