Kegilaan masa kecilku...



Ketika tulisan ini dicoretkan..aku sedang tension dan tak tahu aper nak dibuat.So teringat pula my old school story.Dulunya aku mempunyai satu kegilaan yang aku kira jarang ada pada kanak2 zaman sekarang.Apa kegilaan itu?Kegilaannya adalah ,kegilaan menulis surat.Bukan surat cinta.Tapi surat rasmi kepada kedutaan.Aku mendapat maklumat alamat kedutaan dari nizam (skang chef di hotel singgahsana) kalau tak silap la.Aku mula mencoret beberapa surat kepada banyak kedutaan.




Contoh: US,AUSTRALIA,UK,SAUDI ARABIA,FINLAND,AUSTRIA and etc.Yang lain tak ingat.


Apa yang ditulis?


Biasa la,ketika kecil ku semasa darjah 5-tingktn 3 aku adalah penggila setem.Manakala abah seorang pengumpul duit syiling n adik (hisyam uia) pengumpul sampul surat hari pertama.Maka aku menulis surat kepada setiap kedutaan yang aku kira banyak juga la dalam belas-belas.Kononnya dalam surat tu aku memohon agar di beri pamplet tentang negara tersebut.dan kononnya aku akan ke negara tersebut untuk further my study(hahah menipu..rase berdosa pulak).Di akhir surat aku coretkan yang aku ini peminat setem.So aku mintak negara tersebut hantar setem.


Cinta berbalas?


Alhamdulillah,cinta ku berbalas.Tapi bukan kepada seorang perempuan.Ha!Tapi kepada kedutaan.Seingat aku negara yang reply surat itu adalah dari AUSTRALIA,AUSTRIA, dan FINLAND.Aku masih simpan lagi surat-surat mereka.Dari negara lain tiada jawapan yang aku dapat.


Dari situ aku mula menaruh harapan that one day i`ll be there terutamanya kat AUSTRALIA.Moga cita-cita gila ku menjadi kenyataan.Tak dapat further kat sana pun..dapat honey moon kat sana pun best gak.Yang penting i`ll be there.Ini lah ,aku rasa zaman kegemilangan dan kelainan zaman kecil ku untuk dikongsi because i`m different.Moga allah mengabulkan hajatku.Ameen.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *