Tips untuk calon MPP/SRC


Salam.


Sedang saya masih ghairah menyambut lebaran ini,tiba-tiba saya menerima mesej dari seseorang memberitahu yang MPMUM(Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya) telah dibubarkan pada 2.10.08.Sungguh dastik namun sudah dijangka.Maka on the way nak datang ke kl ni terfikir plak rasa nak berkongsi dengan rakan2 yang bakal bertanding di semua universiti (rasanya semua universiti dah dibubarkan MPP/SRC masing2).

update: saya silap terima mesej.sebenarnya um x bubar lagi.saper la silap mesej ni.sehingga sekarang ni baru uitm jer yang bubar.dpt maklumat dr HEP.


Sedikit tips yang saya kutip dari pengalaman,pendengaran,penglihatan dan mungkin pembacaan buat `calon2` yang bakal berentap di arena politik kampus.


Tip 1: Faham perjuangan.Rakan2 yang menjadi calon ataupun yang menjadi pengundi perlu hadam tentang perjuangan yang dibawa oleh calon yang akan anda pangkah.Ramai yang memandang enteng bende2 begini atas alasan politik.Namun perlu kita sedar ALLAH tidak pandang enteng pada setiap amalan kita.Bayangkan jika kita mengundi golongan yang membawa kerosakan pada masyarakat maka kita termasuk sekali sebagai bersubahat.Faham dengan erti kata sebenar perjuangan yang anda ingin gagaskan.Biarlah ia bersifat pro- terhadap mahasiswa.Barulah kita sebagai mahasiswa sama-sama mendapat manafaat.


Tip 2: Kemahiran berucap.Saya tak lah hebat berucap.Namun sepanjang pemerhatian saya,orang yang pandai berucap mampu menarik minat pengundi.Ini adalah satu add value bagi anda.Tak perlu saya ajarkan macamana nak berucap.Beli sahaja di mana-mana kedai buku tentang speech ni.Yang penting anda mahir serta menghargai pengundi anda.Zahirkan melalui ucapan anda.Tapi ingat jangan over acting.Nanti orang kata cakap tak serupa bikin.`Cakap jer berapi kerje habuk pun tarak`.



Tip 3: Manifesto.Jika anda sebagai calon maka buatlah manifesto yang boleh anda laksanakan.Biar ia berpijak dibumi yang nyata dan manifesto anda jelas tanpa sebarang kekeliruan.Dan bersedia untuk berdebat atau memberi penerangan kepada pengundi anda.


Tip 4: Be profesional.Jadilah profesional sikit.Terima kesalahan dan kesilapan jika ditegur oleh pengundi.Bukan sahaja anda,wakil calon anda juga perlu bersikap sedemikian.Jangan terlalu mengikut emosi.Kadang-kadang dalam situasi pilihanraya kampus ini memang kita akan sering diuji dan diasak dengan pelbagai mehnah dan tribula.Jadi bersabar dan tunjukkan yang anda adalah leader yang sebenar.


Tip 5: Hargai pengundi.Pengundi sangat penting buat anda.selami mereka dan keperluan mereka.Apa yang mereka mahu.Anda sepatutnya sudah rapat dengan mereka sebelum anda jadi calon lagi.Bukannya bila nak bertanding baru muncul.Then habis PRK(pilihanraya kampus) hilang.Jangan jadi macam tu.Ucap terima kasih kepada pengundi setiap kali anda speech.Hargai mereka dan sayangi mereka.Sebagaimana hadis nabi yang nabi menyuruh kita sayangi yang muda nescaya kita akan disayangi.Kalau salah sila betulkan.


Tip 6: Ikhlas.Ikhlas ni sepatutnya ditangga pertama.Tapi tak pa la.ON CALL JOB katakan.Ingat ikhlas adalah terpenting selain faham perjuangan anda.Ikhlas nak menolong pengundi.Bukan nak undi lepas tu hilang.Nak undi sebab nak jawtan dan kesenangan.ataupun sebab nak puaskan hati pihak tertentu.Ingat keikhlasan kadang2 boleh tertonjol melalui perbuatan walaupun anda tidak mengucapkannya.


Tip 7: Penampilan diri.Anda selaku orang yang akan menjaja diri perlu berketerampilan.Rupa aras tak penting.Tapi klu ada maka itu satu kelebihan.Trend pengundi di setiap universiti berbeza.Kaji yer baru tau.Tapi pastikan anda jenis yang kemas dan tak over dalam pemakaian.


Tip 8: Berani.Unuk menjadi pemimpin anda perlu berani.Berani perlu dipupuk dari mula lagi.Dari dewan kuliah sehinggalah ke mana sahaja anda berada.Kerana leader born to lead.Klu anda nak jadi leader tapi penakut maka jangan jadi leader.Takut dikritik la etc.


Mungkin ini sahaja celoteh saya.Ingin ditegaskan tujuan saya menulis topik ini bukan ingin mengatakan saya ni hebat.NO!ini sekadar perkongsian dengan rakan2 sekalianBagi yang rasa ada manafaat maka ambil.Tapi klu ada komen saya alu-alukan.Kerana kita hidup untuk memberi.Dan apa yang kita berikan adalah untuk orang lain menjadi lebih hebat dari kita.Sekian.JUMPA DI MEDAN NANTI!

Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *