Apa yang anda perlu tahu tentang bioteknologi


Salam.Seperti post-post saya tentang bioteknologi yang lalu.Kali ini saya mengambil sedikit masa untuk menerangkan lagi pada rakan tentang bioteknologi.Bioteknologi saya kira akan berkembang pesat dalam tempoh 10 tahun dari sekarang sebelum kita dapat menjadikan teras utama ekonomi negara.


Namun seringkali bioteknologi dikaitkan dengan GMO (genetic modified food).Perlu diingat bahawa,bioteknologi tidak hanya tertumpu kepada GMO sahaja.


Dalam bioteknologi,kami juga belajar bagaimana hendak menternak kambing,lembu,burung unta dan sebagainya.Cuma pembelajarannya tidaklah terlalu detail.Bidang bioteknologi juga merangkumi pembuatan yang melibatkan kulat seperti pembuatan arak,tempeh,kicap dan sebagainya.


Dalam bioteknologi juga kami belajar macammana nak menggunakan kulat tertentu dalam bidang perubatan.Contoh penicilium chrysogenum yang digunakan dalam penghasilan penisilin untuk tujuan perubatan.Secara umumnya,bioteknologi ini melibatkan tumbuhan,haiwan dan fungi atau kulat.Dengan kata lain kalau doktor perubatan belajar tentang manusia tetapi kemi belajar tentang yang saya sebutkan tadi.




Kecanggihan teknolgi dalam bidang ini sudah jauh kehadapan.Dimana malaysia masih lagi merangkak-rangkak.Kalau diluar negara ,mereka sudah mencipta teknologi DESIGNER BABY.Ada juga teknologi yang mana mereka panggil GFP(green flourosence protein) yang mana mereka ambil dari jelly fish (ubun2 dilaut) dalam diimplimen dalam tumbuhan atau haiwan yang mana dengan protein ini ,ia boleh menghasilkan cahaya hijau pada waktu malam.


Sepanjang pembacaan saya ,GFP ini telah diimplimenkan kepada kucing,tikus.Yang mana kucing menghasilkan cahaya hijau pada waktu malam.Itulah usaha yang pesat dibangunkan barat.Namun kita tidak boleh melihat semua ciptaan barat itu totally benar dan boleh dalam islam.Ada juga yang cuba mencabar kuasa tuhan dan ini boleh memesongkan akidah kita.Pokok pangkalnya ,akidah atau pegangan asas perlulah bertitik tolak dan berpandukan al quran dan sunnah barulah setiap yang dibuat atas dasar islam yang sebenar.
Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *