ASMUM harap pelantikan Dr Gauth rapat jurang pelajar, pentadbiran

SELAMAT datang dan sekalung tahniah daripada warga Angkatan Siswa/i Sains Muslim Universiti Malaya (ASMUM) di atas pelantikan Prof Datuk Dr Gauth Jasmon sebagai Naib Canselor baru Universiti Malaya (UM).


ASMUM beranggapan, pelantikan Dr Gauth adalah tepat dengan kelayakan kepemimpinan beliau tunjukkan sepanjang menerajui Universiti Multimedia (MMU).


Kami warga Fakulti Sains khususnya mengalu-alukan kedatangan profesor dengan harapan agar UM terus cemerlang dan terus mencatat kejayaan.
Justeru, kami berharap pentadbiran baru di bawah kepemimpinan beliau dapat merapatkan jurang antara pelajar dengan pihak pentadbiran universiti sekali gus bersama-sama mencorak kegemilangan universiti pada masa akan datang. Semoga Universiti Malaya terus menjadi universiti terunggul di rantau ini.


Tidak dilupakan ucapan terima kasih tidak terhingga buat Datuk Rafiah Salim di atas jasa yang beliau curahkan sepanjang perkhidmatan di Universiti Malaya yang kami kira berjaya memberi perubahan walaupun dalam tempoh perkhidmatan yang singkat.


Kami juga memohon pertimbangan pada peringkat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) agar memberi tempoh yang secukupnya bagi setiap kepemimpinan baru universiti agar segala yang direncanakan dapat diterjemahkan demi kebaikan bersama.


MUHAMMAD ZULKAMAL SAFI`N,
Presiden Angkatan
Siswa/i Sains Muslim
Universiti Malaya (ASMUM)


diterbitkan oleh (Berita Harian)

Rabu, 12 November 2008
Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *