Aku yang Terhina


Aku yang terhina,

Derai hujan pagi itu,

Petangnya mendung mengarakkan awan,

Terasa gelap petang mengusung pergi dosaku,



Aku yang terhina,

Hina dalam dosa buatan sendiri,

Masih mencari cinta abadi,

Tapi tak aku temui,



Aku yang terhina,

Tercari-cari erti cinta,

Cinta dari Tuhan pemilik hati,

Sedang hati ini masih keliru,

Antara cinta syaitan dan cinta Mu,



Aku yang terhina,

Terasa malu bila aku sendirian,

Mengenang dosa yang aku lakukan,

Masih ku mengharap Kau ampuniku,



Aku yang terhina,

Ampuni dosaku Ya Allah,

Maafkan aku wahai manusia,

A`sif Ya Abbi wa ummi,

A`sif.....
Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *