"Giler arrrr !"


Salam.

`Giler arrrr` ,2 patah perkataan yang berekspresikan takjub atau ingin memuji .Namun sedar atau tidak sebenarnya penggunaan 2 patah perkataan ini tidak bersesuaian dengan kehendak islam.


2 patah perkataan tadi hanyalah satu contoh dari beribu-ribu contoh yang boleh dibawa akan buruknya penggunaan perkataan.Sahabat sendiri boleh menilai sesuatu perkataan tersebut.Bahkan ianya sering menghiasi kata-kata mereka yang mendakwa pejuang allah sejak kebelakangan ini.Diri ini juga tak terkecuali.Marilah kita memohon perlindungan dari allah moga dijauhkan dari perkataan tidak baik.


Kadang-kadang penggunaan perkataan ini sering kita olah sebagai sebuah ungkapan yang sudah sebati dengan masyarakat..tapi ingatkah kita bagaimana akhlak nabi,perkataan nabi.Akhlak nabi adalah al quran.Dan al quran menganjurkan kita bercakap dengan perkataan yang elok.Baik mencari redha allah dikala bencinya masyarakat kepada dari kita mencari redha manusia dikala bencinya allah kepada kita.


Perkataan pendakwah sebenarnya menjadi rujukan masyarakat.Jika kita mengakui diri sebagai pendakwah namun akhlak yang kita tonjolkan tidak langsung mencermin akhlak dan sifat nabi maka ia bahaya besar bagi sang pendakwah itu.Nabi pernah bersabda bahawa kaya yang sebenar bukanlah kaya harta ..tapi kaya budi atau akhlak.


Saya bercakap dalam skop perkataan yang biasa kita tuturkan seharian.


Sabda nabi SAW: `Tidaklah hasil tuaian lidah manusia itulah yang telah menghumbankan muka mereka ke dalam neraka?` -Sebahagian daripada hadis riwayat Tirmizi,An –Nasai,Ibnu Majah dan Ahmad.Tirmizi berkata:Hadith ini Hassan sahih.

Rasulullah SAW. Bersabda: `Orang yang beriman itu bukanlah orang yang suka menuduh,suka melaknat,suka bercakap kotor dan keji` -Hadith riwayat Tirmizi daripada Ibn Mas`ud dan Tirmizi berkata hadith ini :Hassan Gharib:Al-Iraqi berkata:sanadnya Sahih.


Moga Allah menjauhkan kita sebagai pendakwah Allah dimuka bumi ini dari akhlak yang buruk dan kata-kata yang keji dan tidak elok.Kenanglah akhlak nabi.Kaum yang kafir boleh memluk islam hanya kerana melihat akan perilaku dan akhlak nabi.

-Rujukan : Apa erti saya menganut islam-Fathi yakan

Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *