Kita perlu mereka seperti hassan al banna



Salam.Kali ini tergerak untuk membicarakan tentang keperluan semasa gerakan islam.Gerakan islam masa kini terutama di malaysia memang kalau dilihat secara zahirnya banyak.Dengan gerakan yang berlandaskan politik seperti PAS,ada juga yang lebih akademik dan sebagainya.





Namun tahukah sahabat sekalian akan keperluan gerakan islam masa sekarang.Saya memberi contoh hassan al banna, beliau mula terlibat dengan gerakan dakwah ini ketika berumur 12 tahun lagi.Kemudian setelah tamat belajar dengan 1st class honour ,beliau ditugaskan mengajar ke ismailiyah,mesir.Disana sememangnya terkenal dengan kota yang banyak diduduki oleh orang inggeris ketika itu.Disitu terus bercambah kebencian beliau terhadap penjajah.Ketika disana umur beliau 20 tahun ,mula berdakwah di kedai kopi setiap hari selasa.Selama setahun akhirnya beliau bersama 6 rakan dari kem tentera inggeris disana menubuhkan JAMAAH IKHWANUL MUSLIMIN.




Apa hebatnya beliau sehingga saya kira boleh dijadikan contoh remaja sekarang.Hebatnya kerana kuatnya daya ingat beliau dan daya fikir.Bila dihitung ,rakan-rakan hassan al banna cukup ramai.Dan beliau ingat semua rakan beliau dan cuba penuhi sebanyak mungkin undangan.Dari situ ikhwan berkembang sehingga mengugat kerajaan mesir ketika itu.Daya ingat yang kuat dengan keyakinan diri menjadi asas kepada pengasas ikhwanul muslimin ini.Ia diakui oleh salah seorang intelligen mesir ketika itu.Kehebatan akhlak dan speech menyebabkan hassan al banna punya pengikut yang sangat ramai dan cabang ikhwan berkembang ke seluruh dunia.




Apa yang saya nak simpulkan dari kisah ringkas hassan al banna ini adalah daya fikir yang tinggi.Yang bermaksud gerakan islam kini perlukan pemikir-pemikir serta brainstormers yang hebat semacam beliau.Hasrat ini disandarkan kepada golongan remaja.Golongan remaja lah sebenarnya pencetus kepada keberjayaan sesebuah gerakan.




Namun sekarang,sangat kurang yang punyai pemikiran dan kehebatan seumpama hassan al banna.Inilah masanya kita menjadi penggerak kepada jemaah islam dan sama-sama menjadi pemikir kepada gerakan islam yang punyai satu tujuan.Untuk menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini.Mari sama -sama kita menjadi brainstormer kepada jemaah islam sekaligus menjadi penggerak kepadanya dalam menempuh jalan susah ini.


ISLAM TIDAK PERLUKAN KITA NAMUN KITA PERLUKAN ISLAM.


p/s:boleh baca lebih di :http://www.surauannur.com/links/hassanalbanna.html
Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *