PELACURAN TREND REMAJA KAMPUS



Pelacuran…semakin menjadi-jadi dewasa ini.Perbuatan menjual maruah dan harga diri ini seolah-olah satu trend yang terselindung di balik wajah akademik mahasiswi.Saya tidak katakan semua mahasiswi seperti itu.Tapi ianya memang berlaku malah lebih parah di universiti-universiti negara ini.Cume bezanya..tiada statistic khusus dilaporkan.



Pihak university sememangnya liat dalam mengeluarkan kes-kes seumpama ini.Ketahuilah dosa besar bagi mereka yang sanggup menjual diri dengan erti kata lain sanggup menggadai prinsip dan nilai islam dengan kemewahan dunia yang sementara ini.
Lihat saja,bagaimana kemewahan dicari untuk sementara…sehingga sanggup menggadai segalanya.Inilah bencana yang menimpa masyarakat bahkan ianya menimpa golongan terpelajar yang bakal menjadi pewaris generasi kepimpinana masa hadapan.



Ia berlaku kerana sikap rakus dan hawanafsu buas yang bermaharaja lela di setiap lubuk hati manusia.Pabila dia tidak dapat menguasai hawanafsu maka dia akan bertuhankan nafsu.Tidak hairanlah mereka yang terjebak dengan maksiat dosa besar ini tanpa segan silu akan terus menerus dengan kesesatan.



Kefahaman tentang islam yang cetek juga antara penyebab gejala ini berlaku.Hanya sekadar tahu solat dan ibadah yang basic tanpa ingin menmbah ilmu-ilmu fardu ain antara penyebab berlakunya gejala ini.Kefahaman akan tuntutan Islam sangat penting.Ingatlah kefahaman lah yang bakal mencorak seseorang.Sejauh mana dia dapat menempuh segala cabaran,sejauh itulah juga kefahamannya.



Marilah sama-sama kita beringat untuk melawan dan berjihad habis habisan melawan nafsu ini.Dan gejala pelacuran sewajibnya diambil indakan tegas kepada yang terlibat.Bagi pemimpin pula,anda seharusnya memainkan peranan yang sewajarnya dalam mengahapuskan maksiat ini.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *