Pilihan cinta antara dua manusia




Dalam mengharungi hidup insani,
Pasti cubaan datang menghujan,
Tak keruan hati memikirkan..


Seorang insan meluahkan pada sahabat karibnya,
`Teman` nya dulu berambut panjang,
Tidak menutup kepalanya,
Erti islam seolah pudar dalam hidupnya,


Lalu sang jejaka datang memberi sinar baru dalam hidupnya,
Memberi sinar sehingga dia mengenali...
Erti islam dan seisinya,


Dalam singkat masa dan zaman,
Muncul pula gadis jelitawan berjilbab ayu,
Teman lama yang baru di temui,
Menyatakan hasrat hatinya,
Kepada sang jejaka yang sudah berpunya,


Kesangsian wujud dalam pemilihan,
Antara cinta lama dan cinta baru,
Yang mana harus dipilih,


Antara cinta si jelitawan dulunya berambut panjang,
Sekarang bertudung litup,
Aktivis gerakan islam,


Dengan,
Si jelitawan yang bertudung litup,
Akhlaknya jelas kelihatan,
Memikat jiwa,


Si jejaka itu masih sangsi dalam membuat keputusan,
Namun kukira,
Dia punya pegangan yang kuat ,
Hanya berserah pada Allah lah jalannya,
Justeru istikharah dan pasti keputusannya yang terbaik ,
Bakal di peroleh.


Kadang-kadang yang kita rasa,
Suatu itu elok untuk kita,
Tapi ingatlah,Tak semestinya yang kita rasa itu yang terbaik untuk kita,
Dan sebaliknya.


Moga sang jejaka itu berjaya,
Dalam pilihan cintanya antara dua manusia....


p/s-dedicated to Sang jejaka (Sufi-H)
Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *