Tolong jangan gali!


Salam."Tolong jangan gali ".Pelik bunyinya..tapi itulah kata ingatan buat mereka yang ingin menggali rahsiaku...haha..Suatu kisah sekitar umur ku baru mencapai 12 tahun .Diceritakan bagaimana seorang kekasih menghanyutkan botol mesej ke laut ..dan ianya sampai ke tangan kekasih nya.Bagaimana..Wallahua`lam.


Apa kaitan plak ngan ayat diatas?Suatu pertanyaan bagi mereka yang membaca dengan teliti.Sekitar darjah enam,hati ini sudah tertarik untuk menulis.Bakat menulis diasah dari hari ke hari(tapi sekarang dah tak pandai sangat menulis ni).Dalam sebuah pertandingan bercerita ,saya dikurniakan hadiah sebuah diari PINK lagi.


Dari situ,saya coretkan kisah hidup. Luahan perasaan, suka,duka, sengsara, kecewa,bahagia... semua ada. Kisah cinta jer tiada,sebab tak tahu lagi apa itu cinta.Haha..Maka buku itu saya coretkan sehingga ianya penuh.Semua catatan itu saya balut elok2 dengan kotak dan plastik.Tau tak saya buat apa?


Lalu saya tanam dibawah pokok mangga di sebelah rumah dan akan membukanya bila 10 tahun dari tempoh itu.So sekaranglah masanya....Namun..apa ?


Kawasan tersebut dah abah simen dan jadilah tempat parking.Baru sekarang perasan yang kotah itu masih disitu.Sebab itulah keluarnya kata-kata `Tolong jangan gali`.Nanti rosaklah tempat parking abah.haha..Dan juga kalau boleh hendak juga saya baca apa yang saya tulis.


Sungguh romantis ketika itu,zaman itu.Orang kata mat jiwang.Hahaha.Namun biarlah sejarah itu tinggal sejarah.Kisah xxxxx biarlah ia berlalu bagai buih.Namun ingatan ..janganlah kita cube gali-gali pula keaiban orang.Kerana Allah akan aibkan kita di hari yang manusia tidak boleh tutup aibnya.Kesimpulannya, semakin hari semakin baik.Fikir-fikirkan lah.Wallahua`lam.
Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *