Kronologi Kemenangan Pro M Pilihanraya Kampus UM 09

Salam.Ini sedikit perkongsian apa yang berlaku dalam pilihanraya kampus UM 09 baru-baru ini.Sebagai salah seorang yang terlibat dalam pilihanraya ini,saya rasa cukup berbangga untuk berkongsi catatan ini sepanjang tempoh penuh genting.


Hari Penamaan Calon:


-Hari ini merupakan hari bersejarah bagi saya.Sebagai pemain sambilan sahaja untuk sesi ini.Tapi ia mencoret sejarah juga buat diri.Kalau dahulu sebagai calon tapi kini sebagai wakil calon.
-Perarakan Pro-M bermula dari padang varsiti UM pada jam sekitar 9 pagi.
-Slogan: Hope And Change..lalu disahut,,,YES WE CAN,,,.
-Isu yang menghangatkan PRK KALI ini ialah isu rasuah.GERAK dan Pro-M masing-masing berbalas teriakan.Tahun ini saya menjadi wakil calon kepada Shahrizul Ayuni yang sedang hangat dengan isu rasuah dari TNC.


Hari Pertama Kempen:


-Pergerakan yang sememangnnya sudah disusun oleh Leader2 .Surat-surat untuk masuk ke kolej diurus dengan begitu cermat.
-Buku panduan sentiasa ditangan bagi memudahkan urusan.Ini kerana terdapat segelintir manusia yang cuba mengambil kesempatan dan menyekat hak kami sebagai mahasiswa.Lalu kami gunakan sebanyak mungkin ruang yang diberikan.Segala kemahiran soft skill digunakan dalam semua urusan.Tiada konfrontasi .


Hari kedua kempen:


-Kepenatan sudah mula terasa.Apatah lagi buat calon.Ayuni dan geng muslimat BIJAK BERANI BERDIKARI sememangnnya penat.Bayangkan berkempen dari jam 9 pagi hingga lewat malam tanpa henti.Jadual penuh.
-Isu hangat kepala babi dijumpai di surau AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UM.


Hari ketiga kempen:


-Hari ini sudah masuk cuti hari sabtu.Perjalanan kempen masih diteruskan.Kepenatan dilupakan sebentar.Manifesto dicetak lagi dan lagi.Tekak mula terasa seolah2 megharapkan ubat.Badan mula panas-panas.
-Bersama aidk-adik dan sahabat muslimat fakulti sains berkhirosah menjaga Banner di fak.


Hari keempat kempen:


-Demam,pening dan sakit tekak datang menerjah.Hampir saat ini seolah-olah tidak berdaya lagi.Ramai yang sudah merungut penat.Namun aktivis Pro-M masih lagi tegar dan segar dengan risalah-risalah mereka serta dengan skuadron-skuadron mereka siap mengatur strategi perang.
-Khirosah masih diteruskan untuk menjaga banner-banner Pro-M dan calon-calon.


Hari pengundian:


-Jam 5 pagi: Munajat dihadapan DTC.Tangisan mengharap kan kemenangan dari Allah.Langit merah tapi tiada kesejukan dirasakan.Lalu saya terlihat satu kalimah dilangit.ALLAH.Maka ada sedikit keyakinan untuk menang.Mungkin ini tanda pertama.

-Jam 9 pagi: Kertas undi calon umum ditukar.Calon saya,Shahrizul ayuni nombornya ditukar dari 17 kepada 18.Mesej pembetulan dihantar pada semua.Penipuan paling jelas.

-12-4.30: Saya sempat melawat hampir semua tempat pengundian.Dan pelbagai taktik musuh dapat dihidu.Nak tau..nanti la ....

Malam: Sejuk sungguh dewan DTC.Pengiraan start lebih awal dalam jam 6.45 petang.Badan sudah memberikan signal kuat untuk berehat.Pengiraan diteruskan after jam 8 malam.

-Aktivis pro-m masih tegar diluar DTC MENUNGGU keputusan.

-Jam 3 pagi: kiraan semula Fak sastera dan sains sosial serta pusat kebudayaan.

-Jam 4 pagi: Pengumuman kemengan Pro-M dengan memenangi 8 dari 9 kerusi umum.Tangisan kemenangan menyelubungi kem Pro-M.SUJUD SYUKUR BERAMAI-RAMAI DIBUAT DILUAR DTC.Moga kemenangan ini menjadi titik tolak kepada kemenangan gerakan islam pada masa akan datang.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *