Rajukan Lelaki Dakwah

"Zul, sampai hati nta...datang makan tak ajak ana..maklum la siapa lah ana kan..bukan kawan rapat anta" Ujar Faizal (bukan nama sebenar).


"Takkan la semua benda ana nak kene ajak anta..ana pun nak kan privacy gak..tolong lah faizal..faham ana ..ana tak leh berkepit ngan anta selalu..ana punya teman lain lagi".Kata zul dengan kesal akan sikap sahabatnya.


"Ana dah tak rasa dah ukhwah dalam jemaah(persatuan) ni...jemaah xxxxx lagi mantap ukhwahnya.siap caring kat ana lagi.."Sambung Faizal.


Angin kus-kus menghembus pipi dua jejaka tampan.Jam menunjukkan pukul 12 malam.Kawan zul hanya kaku melihat telatah ahli dakwah ini.


"Anta kene faham...ukhwah sahabat ini sentiasa di hati ana..tapi ana pun nak gak keluar dengan orang lain..dan satu lagi anta kene tahu gak..jemaah xxxxx tu jumlahnya sedikit..dan nta baru kenal mereka..memang la nta rasa diambil berat...anta mula-mula join ni dulu pun bersemangat bukan..tapi lama-lama bila dugaan datang...macam-macam boleh terjadi.Ana harap nta fahamnya situasi ana..Hidup ini bermakna jika kita fahami each other.Anta kene fahami orang..insyaallah anta akan difahami..tak gitu"?Soal Zul membuatkan suasana malam itu agak panas.Cafe koleh medic itu menjadi saksi segalanya.


"Suka hati nta la.Ana dah tak da mood dengan jemaah ni..Sume tak care pasal ana.Baik jemaah xxxxx tu.Anta sekarang dah berubah sangat.Dah tak kuar dengan ana dah."Kata-kata akhir faizal itu terngiang-ngiang di telingan zul.Malam berlalu pergi dengan seribu pertanyaan.


Kawan zul menjadi saksi segalanya.


Itulah sedikit kisah melanda jemaah kita hari ini.Rasa hilang ukhwah lah.Macam-macam terjadi pabila tiada kefahaman dalam gerak kerja.Sebagai ibnu dakwah..tiada masa untuk merajuk.Sikap seumpama ini harus dibuang jauh-jauh.Bagi zul pula..dengarlah rintihan sahabat mu.Sikap merajuk kadang-kadang boleh melumpuhkan jemaah.Bagi yang ingin kan pangkat pula..bila tak dapat maka nak `slow down` their activities.Tapi ingatlah ibnu harakah..kerja islam itu bukan untuk nama dan pangkat.
Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *