`Badget` baik la...tu- Hakikat atau Ilusi


Salam.


`Bajet baik la tu`.Pernah tak anda mengalami kata-kata seumpama itu.Pasti pernah.Saya kira hampir setiap dari kita pernah alaminya.Biasanya kata-kata ini keluar dari mulut orang yang sememangnya tidak senang dengan kelakuan yang ingin kita lakukan.Betul tak?


Asal nak ajak sahaja kepada kebaikan maka kata-kata ini dilontarkan.Lontaran tepat ini kadang-kadang menerjah masuk dengan bawaan dari syaitan ke hati kita.Maka sang mujahid dan sang mujahidah mula `down` atas kata-kata tadi.Jika anda mengalaminya...ingat lah.Anda tidak rugi untuk mengajak kepada kebaikan bahkan mendapat pahala lagi tu.



Dalam dunia serba moden ini,kita jangan mudah termakan dengan kata-kata orang.Tambahan kita pula adalah manusia yang Allah bagi tanggungjawab sebagai khalifah.Bukan sekadar itu wahai sahabat sekalian...kata-kata..seperti `alah..die ni pandai cakap jer..buat tak pandai`,`konon alim lah tu` dan banyak lagi.Lebih menyedihkan ianya keluar dari sahabat yang seangkatan dulunya.Pasti sedih.Tapi LA TAHZAN INNALLAHHU MA`ANA.Buat sahaja yang kamu rasa elok disisi agama.Nilaian bukan dari mereka..tapi nilaian dari Allah.


Mereka punya hak bersuara tapi mereka tidak punya hak untuk menghukum.Ayat hukuman kadang-kadang boleh mematahkan semangat kita.Namun ingatlah sahabat..itulah rencah bagi mereka berbai`ah untuk menegakkan kebenaran.Mungkin kita masih tidak diuji dengan ujian yan lebih berat lagi seumpama berperang.Namun kita sudah berperang secara ilusinya dengan batin/nafsu.


Mari kita rapatkan barisan menyusun langkah...bersedia dengan batin yang hebat.Rohani yang mantap maka akan hasillah tubuh yang sihat..kata-kata yang bermakna..Jiwa yang mulia..akhlak yang terpuji..Syurga menanti..Ameen.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *