Jamuan Berbuka Puasa Bioteknologi-Muhibbah



Ma`qil bin Yasar melaporkan, saya mendengar Nabi Muhammad SAW berkata:
Sesiapa sahaja yang diserahkan Allah kuasa pemerintahan dan kemudian beliau mati, dan pada hari kematiannya itu beliau menipu rakyatnya,Allah mengharamkan beliau daripada masuk SYURGA -


Direkodkan oleh Bukhari dan muslim


Salam.Moga-moga kita tidak termasuk dikalangan pemimpin yang dinyatakan dalam kata-kata junjungan besar Nabi kita.Setiap dari kita ini sememangnya pemimpin.Pemimpin kepada keluarga,pemimpin kepada batch ,pemimpin kepada masyarakat ,pemimpin kepada negara dan yang paling kecil pun pemimpin kepada diri sendiri.


Bercakap soal kepimpinan, saya teringat sebuah buku yang saya baca(x ingat tajuknya) yang merujuk pemimpin ini adalah mereka yang membawa orang dibawahnya bersama-sama menuju kearah satu matlamat.Dan pemimpin tidak sama dengan pengarah.Pengarah hanya mengarah, tapi pemimpin memberi tunujk ajar dan bersama dalam gerak kerja.Dan saya bukan lah hebat dalam kepimpinan dan kita sama -sama berusaha untuk menjadi pemimpin yang terbaik.




Masuk sesi kali ini , maka kepimpinan kelab bioteknologi um telah bertukar kepimpinan.Kini dipegang oleh Hasif.Yang sememangnya saya kira layak dan komited dalam kerjanya insyaallah.Sepanjang sesi kami mentadbir banyak suka-duka yang dihadapi bersama.Terima ksaih mat bazli SU yang terbaik di dunia ini.Ha2.Cukup komited dan berdedikasi.Ini kali pertama berjumpa SU lelaki paling mantap.Boleh bg award.


Dibawah disertakan gambar kenangan untuk tatapan sahabat -sahabat biotek.Gambar kenangan ini sahaja yang menjadi harta saya untuk mengingati kalian.Buat sahabat yang akan menamatkan pengajian akhir semester ini.Moga ukhwah kita akan terus terbina.Thanks to chew hock for your commitment and for this pictures.XIE XIE.




PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *