Kenapa saintis islam?



Salam.Pernah kah anda tertanya-tanya tentang blog ini?Maksud saya namanya?


Saintis islam seperti tercatat diatas.Nama blog ini?Namanya punyai satu kehebatan.Tapi isinya tidak punya certa hebat para saintis islam yang sebenar.Apa maksud semua ini?


Ketika masih kecil saya dididik di sekolah yang berkonsepkan agama.Suasana kampung yang tenang dari sibuk dan ribut kota.Kehijauan dan kenyamanan angin sepoi pagi pasti membuatkan jiwa anda semua tertawan untuk tinggal disitu.Disana saya mula dekat dengan mesin-mesin yang kebetulan keluarga sebelah mak adalah penanam padi(sekarang tanam sayur).Mesin pengisar padi yang bersaiz kecil menjadi mainan saya .Belalang goreng menjadi makanan saya.(sedap tau...he3).


Kehidupan yang dekat dengan alam dan jauh dengan pembangunan membuat diri ini menjadi pencinta alam semulajadi kurniaan ALLAH.Dari bermula tadika PASTI saya mula mengorak langkah menyusun kaki dan sudah punya cita-cita yang satu.Ia itu saintis.Saintis yang mencintai alam.Lalu cita-cita ini saya bajai dengan minat mengkaji dan mencari benda-benda baru.Benda yang paling menarik yang pernah saya kaji dan teliti seawal belasan tahun adalah ALAM JIN DAN UFO.minat sangat...siap beli buku lagi ..


Setelah menapak kaki di uni malaya ini, cita-cita sebagai saintis terus saya sandang dan kendong baik-baik.Walaupun dulunya saya ini sangat kuat study..MAT STUDY..N MAT SKEMA..he3.Namun atas alasan tertentu ..bila memasuki tahun 2 dan 3 ..saya seolah terus beralih arah.Yang saya kira kearah yang baik..insyaallah.



Berbalik kepada saintis tadi.Dan kini sudah memasuki tahun akhir walaupun extend...he2.Berkebetulan dengan alam blog yang kian melanda negara.So saya ambil peluang ini untuk berkongsi bersama teman seperjuangan sekalian di medan ini.Mungkin anda tidak mengenali saya.Tak pe..Tak kenal..maka Taa`ruf la nanti...he3.


Nama saintis islam ini mungkin agak sama dengan nama blog penceramah terkenal ust. hasrizal saifulislam.Nak buat macam mana .Kebetulan.Dan cita-cita saya ingin menjadi saintis yang bukan sahaja islam tapi mukmin seperti saintis-saintis islam lain.Mungkin untuk post-post yang akan datang akan saya cuba penuhi kehendak mereka-mereka yang mencari-cari siapa saintis islam di malaysia dan dunia.Akan saya post tentang saintis islam dan hasil kajian mereka.Insyaallah.


Inilah sedikit celoteh petang saya hari ini buat tatapan sahabat sekalian.Doakan saya terus tsabat dan tekad dalam memburu `cinta ` dan mencari hikamh dalam kehidupan saya ini.


Rasulullah saw. bersabda, "Hikmah itu adalah milik orang beriman yang hilang, maka dimana pun ia mendapatkannya, ia lebih berhak atasnya," (HR Tirmidzi dan Al- Askari).


#disini saya postkan gambar kampung.Amacam lawa tak.Damai tak.Kampung saya ini tak lah hulu sangat.Hanya 20 min dari pasir mas, 15 dari kb dan 10 minit ke tumpat.So tengah-tengah la ni.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *