Pendidikan Tak formal-Kejayaan sebenar


Salam.Pendidikan tak formal bermaksud pendidikan atau proses penimbaan ilmu secara yang tidak dirancang atau diatur.Dan ia suatu proses yang melibatkan suasana persekitaran yang tidak terikat dengan elemen alat tulis dan sebagainya.


Bagi saya, pendidikan tak formal sebenarnya telah membentuk anda.Tidak dinafikan pendidikan formal juga penting namun pendidikan tak formal adalah penyumbang pembentukan peribadi yang lebih besar.


Knp?


Ini kerana pelaksanaa pendidikan tak formal biasanya adalah kerelaan dan keikhlasan sendiri.Sebagai contoh menghadiri kelas-kelas agama di surau, berdialog dengan rakan-rakan yang punyai banyak ilmu dan sebagainya.Proses ini lebih `masuk` ke jiwa berbanding program yang di SURUH buat oleh ibubapa atau pun guru.Tidak hairan lah jika dalam pendidikan formal maka gurunya adalah GURU di sekolah tapi dalam pendidikan tak formal gurunya adalah RAKAN-RAKAN serta Pengalaman.


Saya ingin berkongsi sedikit mengenai diri.Yang saya kira pendidikan tak formal serta inisiatif membuatkan kita menjadi extraordinary.Ketika menjadi pelajar darjah 6, saya belajar dalam kelas 6 seroja dan saya merupakan antara yang punya banyak link juga la dengan guru dan rakan2.Pengaruh Tv dan rakan-rakan banyak menyumbang kepada daya berfikir saya.(Tapi TV banyak bantu kepada arah negatif).


Saya mengambil inisiatif sendiri dengan mengadakan pertandingan Menjawab soalan berdasarkan Cerpen.Cerpen yang saya dah lupa tajuknya.Penganjur adalah Muhammad Zulkamal.he2.Saya buat iklan sendiri dan mobilise sendiri.Hadiah pun saya beli sendiri.Pengalaman sawaktu masih darjah 6 ini cukup meyakinkan diri membuat sesuatu yang pelik.Dengan link dari rakan-rakan saya jual satu kertas soalan dengan harga 50 sen dan cerpen tersebut saya berikan pada mereka yang mahu menyertainya.Alhamdulillah sambutan hebat dari pelajar tak kira darjah 6 ke darjah 5 kah.


Pengalaman seumpama ini sebenarnya membantu untuk menjadikan kita lebih talent dalam sudut-sudut tertentu dalam kehidupan.Kesimpulan dari pengalaman, saya kira pendidikan tak formal lebih membina jiwa jika seseorang itu menjadikan pendidikan tak formal bernilai baginya.Sebagai contoh jika dia mejadikan pendidikan tak formal itu bernilai dia akan berusaha mencari KAWAN yang terbaik.Guru agama yang terhebat.Menghadiri kuliah ilmu.Mengisi masa lapang dengan elemen yang penting sahaja.


Namun begitu sumbangan pendidikan formal juga penting.Tapi itu hanya pendapat saya.Biasanya pendidikan tak formal berlaku atas keinginan sendiri.Melalui shopping juga pendidikan tak formal boleh berlaku.
Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *