Perjuangan `katak` Terhangat Dipasaran



Salam.Sejak seminggu ini sememangnya kita gempar dengan berita-berita hangat.Kalau boleh dikatakan terhangat dipasaran.Kewujudan `katak`-`katak` jadian semakin berleluasa.Cukup memalukan.`Katak` ini menggemparkan negara bersama angkatannya.Melompat kesana dan kesini.


Apa maksud saya?


Katak yang saya maksudkan bukan lah katak sebenar tapi itu hanya istilah yang boleh kita gambarkan pada mereka yang tiada nilai perjuangan sendiri.Mereka tidak punya prinsip yang ingin dipertahankan.Krisis negeri Perak ini cukup rumit dan besar .Cukup memalukan.Aktiviti melompat parti adalah satu aktiviti yang melucukan disamping melukakan hati si pengundi bagi adun-adun yang melompat ke parti lain.Ini kerana berdasarkan pemerhatian saya ,rakyat memilih kerajaan pada 8 mac 2008 adalah berdasarkan parti.Bukan individu atau calon.


Tarbiyah semula `katak`-`katak` ini?


Mereka sepatutnya punyai sendiri prinsip perjuangan.Dengan mempunyai prinsip perjuangan lah maka mereka tidak akan tergugat dengan duit.Datanglah seguni pun..itu hanya mainan syaitan saja.Itulah kisah bila tiada pegangan sebenar dalam perjuangan.Persoalan: kenapa aku berpolitik?Siapa matlamat akhir kita?kemana halatuju kita?.Itulah prioriti utama dalam perjuangan.Janganlah menjadi macam katak.Tak perlu kita korbankan undi orang lain hanya kerana sedikit ganjaran.Ingatlah AMANAH yang anda pikul sebagai pemimpin sangat besar.





Politik Islam


Nasihat saya pada semua pemimpin.Cukuplah bagi Allah segala-galanya.Kembalikan kita kepada ajaran Islam yang sebenar.Islam itu adil pada semua kaum tak kira bangsa india ke cina ke melayu ke.Semua mendapat keadilan yang sama.Jika pemimpin yang kita pilih itu seperti katak maka hasilnya seumpama itu.Contohilah Rasulullah SAW dalam politik Politiknya untuk ALLAH.Keadilan nabi itu kepada semua tak kira kaum.Yahudi,kristian juga mendapat layanan sama.Lihat saja pemimpin zaman Rasulullah SAW tidak langsung mengimpikan wang dan pangkat.Saidina Umar hidupnya dalam keadaan sangat miskin.Baju pun bertampal sebanyak 12 tampalan ketika menjadi Perdana Menteri Umat Islam ketika itu.Abu bakar juga sahabat yang lain.Semuanya bersifat zuhud dan memandang wang itu hanya hiasan semata-mata.Pemimpin seumpama inilah yang diharapkan rakyat.


Kesimpulannya,kembalilah kepada politik islam yang sebenar.Fahamilah perjuangan kita untuk siapa.Bangsa kah?Agamakah?Jika politik perjuangan itu untuk bangsa maka islam itu hanya akan di peroleh oleh orang arab sahaja lah.Tapi politik nabi SAW untuk semua manusia.JOM KEMBALI KEPADA ISLAM.TAKBIR!


Fahamilah perjuangan mu dengan mata hati dan Ilmu , Bukan dengan nafsu syaitan


Firman Allah:


Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan segala amanah kepada orang yang berhak : surah annisa ayat 58

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *