Aku, Fasha dan Syaza Syafira 1

Hujan renyai pagi itu cukup membuatkan aku kesejukan.Selimut ku tarik semula selepas solat subuh.Sekarang subuh jam 6 pagi.Hujan malam tadi cukup lebat.UM pasti banjir kalau tak di tangani segera masalah perparitan sempit.


Deringan telefon dari syaza syafira ..ku biarkan berlalu sahaja.Bunyi lagi.dan terus berbunyi.Entah kenapa.Sejak pergaduhan kecil tempoh hari..membuatkan aku benci kepada makhluk Allah yang mulia bernama perempuan.Sikapnya yang cukup biadap ketika pertemuan dengan mama and papa tempoh hari membuatkan aku malu akan diri sendiri.


Anak usahawan terkemuka Negara ini sememangnya menjadi rebutan ramai jejaka yang gilakan wang dan pangkat politik.Sikap angkuh dan egonya akan kemewahan yang dimiliki sudah cukup untuk aku menutupkan pintu hati kali kedua buatnya.


`Ding..dong`..`Ding..dong`..Bunyi loceng pintu rumah yang sudah separuh abad.Rumah banglo lama ini diduduki oleh aku bersama 2 lagi adik lelaki yang cukup setia bersama memberi sokongan pada diri.Aiman asyraf dan Aiman Zaki lah meneman malam tempat aku meluahkan segalanya.


`Siapa tu?`Ujar ku kemalasan.`Mama ni, along ok ker?Ku buka pintu coklat perlahan-lahan ..Wajah mama pucat dihadapan ku.`Ok jer, orang ok jer..mama tak payah risau`.Kata ku lagi menenangkan mama .Mungkin fikirannya terganggu dek peristiwa semalam.`Mama tak payah risau..orang ok jer..betul ok jer`.Ujar ku yang lebih suka berbahasakan `orang` dengan mama.


Pagi itu berlalu dengan kunjungan singkat mama .Mungkin baru balik dari masjid.Kelihatan kelibat papa dalam kereta.Kekesalan pada wajahnya membuatkan jiwa ku tak tenang.


Hari ini kelas terakhir sebelum aku menghadapi peperiksaan final.Tahun akhir ini banyak menguji.Dengan bebanan projek tahun akhir dan assignment yang banyak bertimbun-timbun.Masalah jiwa dan perasaan pun datang melanda.Kata-kata putus telah ku buat…..Selamat tinggal kekasih.


Perkenalan kita selama 3 tahun ku akhiri semalam.Dengan kata putus malam tadi..Biarlah ia berlalu.Kuliah Secondary metabolites cukup memenatkan.Dengan carta dan chemical process yang nak diingat cukup banyak.Basic chemistry sesi lepas pun aku hampir kecundang.Alhamdulillah sokongan dari mama dan papa cukup membuat aku bersemangat untuk pecutan terakhir.


Habis sahaja kuliah ketiga petang itu, Plant Breeding , terus aku menerjah pintu kereta untuk ke perpustakaan bagi meneruskan ulangkaji saat akhir.Semester akhir ini aku hanya mengambil 15 jam kredit sahaja.Sudah cukup memberi sedikit kelegaan buat diri ini.Perpustakaan UM menjadi saksi petang itu.


Petang itu…di sebalik meja `study` nun di hujung sana kelibat gadis bertudung labuh berwarna biru muda kelihatan membelek-belek buku-buku sains.Seakan ku pernah lihat.Tapi mengapa..siapa…?


Seribu pertanyaan bermain di fikiran ku....Adakah kau.?


Kisah lama berdarah kembali..


`Fasha ker?`Tanya ku lagi dengan kagetnya.`Eh abang ..abang belajar kat sini ke?Wajah manisnya cukup membuat ku tersenyum.`Ummi cam ne?Sihat tak?Tanya ku inginkan kepastian.


`Sihat bang..abang bila nak balik..ummi pasti rindukan abang..dah 3 tahun abang tak balik jenguk kami.Aku hanya mampu tersenyum girang melihat gelagat adik perempuan kandung yang sekarang ini menetap di Machester.Mungkin sekarang musim cuti kot.Sehingga membawa Fasha dan ummi ke Malaysia…..Tapi masih banyak rahsia tidak terungkai lagi....


Nantikan.....


#Cerita dan nama tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang baru sahaja meninggal.Namun ia boleh berlaku pada anda.Hahah..Moga terhibur.Kalau berani...


Sudahkan cerita ini...

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *