Dulu Singa sekarang Air-Tahun akhir Pengajian



Salam.


"Zul, nanti ko akan lihat bila masuk tahun akhir sume jadi baik..baik semacam lah..Dulu punya lah garang tapi bila tahun akhir..baik jer.."Kata-kata sahabat S masih saya ingat sehingga hari ini.


Ia seolah-olah menjadi tradisi atau ia perubahan positif.Adakah transisi ini merupakan perubahan kerana kematangan atau kerana nak memikat.Bukan perpandangan buruk.Namun ianya seolah menjadi trend.Baik lelaki mahupun perempuan.




Kata-kata S tadi telah saya lihat semasa saya di tahun 2 lagi.Betul ke?Kalau ada lelaki dan perempuan di luar boelh bagi komen sikit.Namun bagi saya perubahan sebenarnya bagus.Namun biarlah perubahan itu kerana kematangan .Kalau dulunya bukan main garang macam singa tapi sekarang lembut macam air ..biarlah kelembutan itu adalah kelembutan sejati.Kerana kalau lelaki..mereka jenis yang melihat akan sebab-sebabnya.Kenapa dan kenapa?


Perubahan ini juga berlaku dikalangan lelaki.Saya juga mungkin mengalaminya.Cuma sedar tak sedar sahaja.Bagaimana kita menghadapi sesuatu situasi ..itulah kuncinya.Kalu kita dapat menanganinya maka alhamdulillah sebenarnya kita sudah boelh dikatakan matang.Kalau dulunya jenis yang panas baran..bila matang kurang lah sikit.


Perubahan positif sepatutnya berlaku dari awal lagi.Mungkin dari kali pertama menjejak kaki ke universiti( hope so).Jangan sehingga orang melihat perubahan kita hanya hiasan pakaian luaran sedangkan di sebalik itu tersirat `benda lain`.


Lelaki memang punya ego.Saya juga .Kadang-kadang ego ini susah nak dibuang.Tapi boleh dikurangkan.Mungkin lelaki matang egonya kurang kot..he3.


Pernah seorang sahabat lelaki mengeluh kerana adik usrahnya seolah melarikan diri darinya.Tak kurang juga ada yang mengeluh kenapa orang tidak memahaminya.Namun dalam soal beginilah kematangan berfikir diperlukan.Kematangan di sudut emosi..fizikal dan mental juga.Lihat betapa ada lelaki yang gagah perkasa fizikalnya namun lemah di sudut emosinya.Panas baran dan sebagainya.


Tapi perlu diingat tak semua yang saya ceritakan diatas berlaku pada semua orang.Ada yang dulu..kini dan selamanya dengan sikap yang sama.Semua ini terpulang pada diri anda.Jika anda inginkan diri ini di sayangi Allah dan manusia maka perbaikilah PR(Public relation) dengan manusia sejagat.Mari bersama untuk mencapai redha Allah.



Hope and Change......Yes We CAN!

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *