Hidup perlukan `tension`


Salam.Bila berbicara soal `tension` atau tekanan semestinya bermain difikiran kita tentang negatifnya tekanan.Tekanan menggambarkan kesengsaraan,kehinaan,kebenciaan dan segala yang buruk.Namun begitu ,wahai sahabat ku, ketahuilah dengan tekanan lah manusia itu mencipta sesuatu yang luar biasa.Lihat sahaja Madihah yang mencipta 20 a dalam SPM baru-baru ini.


Kehidupannya yang penuh tekanan dari sudut wang ringgit dan material menyebabkan lahirnya semangat atau zest yang tersendiri yang dapat mengatasi segalanya untuk mencapai cita-cita nya.Bnyak kisah bagaimana tekanan menjadikan manusia itu hebat.


Nabi sendiri pun lahir dan menerima tarbiyah ALLAH dalam keadaan tekanan.


Bagaimana mengurus tekanan?


Hidup tak boleh lari dari tekanan.Saya semasa tahun 1 dan 2 di alam universiti mengambil sikap mengelak tekanan dan menjauhkan diri dari tekanan.Apabila saya menghadapinya..saya akan menyendiri dan kadang-kadang buat2 tak tahu.Namun usia mematangkan kita.Tekanan tak boleh dielak tapi bersemukalah untuk menyelesaikannya.


Semakin anda lari dari tekanan maka semakin anda merumitkan keadaan.Terdapat beberapa amalan yang saya amalkan jika saya mengalami tekanan dan telah saya kongsikan dengang adik2 liqo usrah sebelum ini.Dan kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat sekalian mana tahu ianya memberi manafaat pada anda.




Cara hadapi tekanan:


  1. Menikmati alam ciptaan allah-Larilah dari kesibukan kota untuk menguzlahkan diri buat seketika kira2 1 atau 2 jam sebelah petang.Melihat ciptaan allah seperti burung atau pergi ke taman-taman.
  2. Mengingati sirah nabi-Baca balik sirah nabi bagaimana beliau meletakkan diri bila dalam keadaan tekanan.SABAR.
  3. Jika dalam keadaan ini kadang-kadang saya mengambil sedikit masa mendengar lagu-lagu jihad dari shoutul harakah, opik ,raihan dan banyak lagi.
  4. Dalam keadaan tekanan-memberitahu mengenai tekanan anda pada sahabat rapat juga kadang-kadang banyak membantu dengan mereka menasihati kita .
  5. Bacalah kitab al quran / tadabur maknanya sekali dikala anda dalam keadaan tension.Insyaallh ianya sebagai pemgubat dalaman anda.

Ingatlah sahabat,manusia berjaya kerana tekanan.Kerana tekanan mematangkan kita.Menjadikan kita kuat dan menajamkan fikiran.Mematangkan emosi.Anda tidak dapat mengelak dari tekanan tapi belajarlah menghadapinya dengan tenang.Setiap ujian itu ada hikmahnya.Setiap tekanan itu terkandung pelbagai hikmah.Ingin tahu apa hikmahnya..rasai dahulu tekanan..selepas itu anda akan ketahui apakah kebaikannya.Jauhi emosi tak menentu ketika dalam tekanan.
Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *