Its getting close...but..me?


Salam.Kalau hari semalam jari menari mencoretkan kisah perhimpunan agung umno 2009 tapi kali ini jari jemari terasa ingin mencoret sesuatu yang tak pasti.


Apa yer?Ketika surf internet pagi ini...menelurusuri saya ke banyak blog untuk berkongsi dan membaca cerita sahabat2 lama.Rasa seolah air jernih dari anggota kurniaan ALLAH hendak tumpah.Mana tak nya.Lihat saja sahabat nun jauh di sana...tapi aku disini masih seperti dulu.Nothing change.




Sedih pun ada ..semangat pun ada.Semangat untuk terus berusaha menggapai cita-cita yang tinggi dan ingin menjadi pengembara ilmu di negeri orang.Keluar dari gelas kampus malaysia menjadi idaman.Moga-moga ia bukan angan2.


Masa ku kira sudah semakin suntuk.Tapi persiapan dan persediaan masih di tahap lama.Gaya ,penampilan,budi....akhlak makin teruk ada la.Sering melaungkan HOPE N CHANGE..but...tak masuk ke dalam jiwa.Tapi ku rasa sudah tiba untuk aku menerobos minda sempit mencari sinar di ladang yang lebih luas.Ibarat lebah yang terbang jauh mencari madu untuk kebaikan lebah-lebah lain.




Bagaimana pula dengan anda?Jom sama kita perkasakan value pada diri.Kerana value/nilai itu akan membezakan anda dengan yang lain.Perbaiki pengurusan masa anda ..anda pasti disukai ramai.Perbaiki akhlak dan gaya..anda pasti di sayangi ramai.Aku akan teruskan pengembaraan mencari `madu` itu.Namun moga tidak kita lupakan madu yang ada disekeliling.Jangan pula kita melihat madu jauh..tapi bunga mekar disisi kita biarkan layu....... :)
Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *