`Maafkan saya` dan` terima kasih`



Salam semua.2 kalimah mulia ,saya jadikan tajuk buat post saya yang ke 156 kali.Saya kira bulan ini postnya paling banyak sepanjang karier sebagai blogger.Tahniah zulkamal!


`Maafkan saya yer`...perkataan yang sukar diucap bagi mereka yang punyai keras hatinya.Egonya.Bak kata Tok guru Nik Aziz, ego ibu segala sifat mazmumah.Tidak mahu mengalah adalah satu sikap yang tidak elok bagi manusia bernama insan ..tambahan pula yang memperjuangkan agama Allah.Tidak mahu mengalah dengan erti kata ....mahu jawapan kita sahaja yang betul.Tapi ingat kalau bab prinsip islam...kita jangan mengalah!


Perkataan `maaf` sukar hendak kita ucapkan.Kenapa ya.Saya pernah berbual dengan seorang rakan.Diakhir perbualan..lalu saya akhiri dengan maaf.Lantas dengan sepantas kilat sahut nya..kenapa perlu minta maaf.Saya terfikir...salahkah meminta maaf.Saya ceritakan bukan untuk mengatakan diri ini hebat atau sebagainya..(Moga allah menjaga niat).


Saya pernah ingat lagi..saya kenal seseorang yang cukup rapat dan saya kagum dengan nya.Setiap kali hendak tidur, beliau akan menemui saya dan memohon maaf.Pernah kah anda menjumpai orang seperti ini?Mungkin pernah.Tapi sangat jarang.Mereka jenis ini biasanya yang merendah diri.Terkesima dibuatnya.


Satu lagi ucapan yang sukar kita lakukan..`terima kasih`.Berapa kerat manusia yang ringan mulut untuk mengucapkan terima kasih.Hatta kepada mak cik penyapu sampah yang menolong kita.Jika di kolej kediaman, berapa ramai yang sanggup meringankan mulut untuk menyapa dan mengucapkan terima kasih kepada mak cik yang menolong menghidangkan makanan buat kita.


Jika kedua sikap ini tidak kita jadikan budaya..saya kira bagaimana hendak kita laksanakan amanah-amanah allah yang lebih besar.Rasulullah SAW punya kehebatan kerana budi dan akhlaknya.




Kata Nabi SAW: `Bukanlah kaya itu , kaya harta tapi kaya yang sebenar adalah kaya diri (akhlak)`.


Mari kita semak dan koreksi diri masing-masing.Tanamkan niat dan terus amalkan.Jika anda menbaca artikel saya di cafe siber..maka setelah keluar dari kafe siber.. ucap lah terima kasih pada mak cik/pk cik yang menolong anda membuka pintu kafe.Jika anda membaca artikel saya keetika anda di kedai makan, jangan segan silu untuk uncapkan terima kasih anda pada pak cik yang menghidangkan anda juadah.Semakin banyak anda amalkan 2 ucapan ini..insyaallah moga-moga allah kurniakan kita sifat rendah diri.Wallahua`lam.


Mari membaca dan praktikkan
!
Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *