Perhimpunan Agong UMNO...sejarah atau kesilapan




Salam bahagia semua.Pada 24 mac 2009 akan bermulalah lembaran baru dalam perhimpunan agong umno.Apa dia?Bagi yang tak tahu ,peralihan kuasa dari pak lah akan ke najib tun razak.


Saya bukanlah peminat UMNO tapi sekadar berkongsi idea dan pandangan.Kehangatan situasi politik negara rupa-rupanya melanda UMNO juga.Dengan penyingkiran Dato` ali rustam dari bertanding menggembirakan banyak pihak sebenarnya.




knp?


Di kem Muhyidin Yassin semestinya mereka bersyukur kerana dapat mengurangkan persaingan merebut jawatan timbalan presiden.Sekaligus mencerahkan peluang memenangi pilihanraya umno ini setelah iklan dan propaganda rahsia dimainkan media agar memberi penumpuan pada muhyiddin.Maklumlah dia nak bergandingan dengan najib...hehe.


Di satu lagi kem tan sri kita ni..mohd mohd taib..ramai juga gembira kerana pengalihan undi pasti berlaku.Dari pihak ali kepada muhd mohd taib.Satu kemenangan psikologi kepada kem tan sri.Ini kerana umum mengetahui ali dan mohd mohd taib merupakan orang pak lah.


Saya punya pendapat, dalam politik jarang kita dapat melihat pemimpin yang betul2 cakap dengan jujur nya.Ramai `paly safe`.Saya redha lah dan sebagainya.Namun kat belakang siapa tahu..jeng2.Bukan suuzon....tapi memang la.hha.


Rasuah dan UMNO


Rasuah dan Umno sudah tidak dapat dipisahkan.Politik wang dan ugut-ugut ini sudah jadi mainan pemimpin mereka.Buktinya banyak kat media.Mereka seharusnya melihat lebih teliti dalam aspek memilih pemimpin.Pemimpin korup hanya akan menghancurkan UMNO yang dah nak hancur. Najib juga masih dalam kesangsian.Dia yang sememangnya terkenal dengan kes al tantuya dan juga report dari perancis mengenai ajib juga menjejaskan kredibility nya.Bila dia nak ulas ya? Jika UMNO ingin menjadi kuat semula..hapuskan budaya rasuah dan ubah dasar anda.




Umno dan kampus



Umno dan kampus juga tak dapat dipisahkan.Siap ada alumni umno lagi tu.Rasanya semua tahu siapa UMNO dalam universiti...hehe.Tapi rekrutment yang dibuat di universiti juga tampak tempangnya.Pimpinan pelajar tertentu sudah mula menunjukkan taring dalam perjuangan .Ada udang di sebalik mee.Ada kepentingan diri disebalik keterlibatan dalam gerakan mahasiswa.
Ada tu dah siap pasang cita-cita lagi.Nak jadi presiden UMNO.


Dahsyat betul kalau dah menggilakan jawatan.Bagi pemimpin jenis ini...udah la tu...jangan pasang angan2 tinggi sangat.Tak dapat kan malu jer.Dan kalau nak berkhidmat tak perlu pun meminta-minta jawatan.Orang akan bagi kalau ANDA LAYAK-nasihat ditujukan khas kepada semua.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *