PPSMI: Betul ke tak?


Salam.Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) memang sangat hangat di perkatakan sesehangat cerita katak-katak yang suka melompat yang saya war-warkan terdahulu.


Salahkah PPSMI?


Apa jawapan anda terhadap pertanyaan saya diatas.Mungkin masing-masing punya pendapat masing-masing.Bagi saya hujjah paling penting.Saya lebih suka untuk menyatakan sokongan saya terhadap pemansuhan PPSMI.


Knp?


Bagi saya , sesuatu bangsa bukanlah mendapat kemajuan atas sebab kebergantungan kepada bangsa lain.Tapi ianya bergantung pada bangsa itu sendiri.Iaitu bangsa malaysia sendiri.Lihat sahaja Jepun,Jerman yang dulunya mengalami kemunduran tapi mereka bangkit menjad peneraju ilmu dunia bukan kerana bahasa inggeris dijadikan bahasa utama.Tapi mereka bnagkit kerana kefahaman tentang pentingnya ilmu dan giatnya penyelidik dan saintis mereka menterjemah buku-buku inggeris ke bahasa mereka.


Nah lihat sahaja negara lain.Bagi saya yang menikmati sekolah kampung, pengajian 2 subjek utama ini wajar dalam bahasa kebangsaan.Kerana ia mempercepetkan kefahaman pelajar.Kalau lah semasa darjah 5 dan 6 pun subjek ini sangat teruk pencapaiannya zaman saya dahulu (pengajian dalam bahasa melayu) ..inikan pula dialih bahasa.Bertambah parah lah masalah adik2 kita akan datang.


Jika penggunaan bahasa inggeris dilaksanakan atas tujuan memberi pendedahan kepada dunia global maka bagi saya kita sebenarnya sudah dijajah minda.Lihat bangsa yahudi..lihat pula masyarakat komuniti dunia lain...mereka berbangga bila berbahasa dengan bahasa ibunda mereka.Tapi pemimpin kita sememangnya taksub dengan bangsa lain .


Namun pengajian dan pembelajaran dalam bahasa ibunda sememangnya wajar diteruskan untuk melihat bangsa malaysia yang sememangnya berjiwa dan jati diri malaysia...( bunyi macam liberal plak).Namun di peringkat universiti bagi saya diteruskan dalam bahasa inggeris.Oleh itu mari kita sama-sama menyatakan sokongan tak berbelah bahagi kepada gerakan pemansuhan ini yang sememangnya di dokong oleh mereka yang cintakan bahasa kebangsaan.Jangan biarkan minda kita terjajah!

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *