Relevenkah perkahwinan di usia muda?



Salam.


Perkahwinan sememangnya topik hangat saya awal bulan 3 ini.Dalam bulan ini memang banyak perbincangan dan forum berkaitan cinta dan kahwin khususnya di UM.Dalam kesempatan waktu yang agak terbatas sempat juga mengambil masa untuk menghadiri satu FORUM : Relevenkah perkahwinan di usia muda?Anjuran Akademi pengajian Islam UM.Satu tajuk yang menarik.


Dalam ym saya dengan kakak senior, memberi pandangannya bahawa semestinya ahli forum akan sepakat untuk mengatakan tidak elok berdasarkan forum yang pernah diadakan.Namun saya gagahkan diri untuk dengar sendiri pandangan dari ahli panel.Barangkali mungkin yang dulunya ahli panel lain.


Tertanya kenyataan senior itu kurang tepat.Saya dapt simpulkan bahawa ahli panel bersetuju dengan perkahwinan awal tapi bersyarat.Dibawah ini saya kemukakan nota-nota penting yang sempat saya catit semasa forum berlangsung.


  • Jiwa celaru kerana tiada cinta

  • Perkahwinan tak susah dan tak mudah

  • Perspektif ibubapa bila anak nak kahwin semasa usia muda: Pelajaran terabai, Nak tanggung macam mana anak bini.

  • Oleh itu: ubah persepsi ibu bapa dengan buktikan bahawa kita mampu untuk menghadapi semua ini dengan persediaan.Contoh: Mendapat kecemerlangan dalam pelajaran, ada tabungan sendiri.

  • Persediaan mesti cukup: Persediaan mental,fizikal dan emosi: Mesti BANYAK SABAR!

  • Persediaan cukup berat: Pikul tanggung jawab besar bila kahwin




  • Cinta yang dibuat atas dasar suka-suka maka ia di ambang BAHAYA

  • Kalau serius maka tunjukkan serius dengan memecahkan perspektif ibu bapa seperti yang diterangkan diatas.

  • Terdapat sesetengah orang yang bercinta sebab ikut-ikut ataupun Emosi tak matang yang mana terlalu bergantung pada orang untuk buat keputusan.Maka ia memilih untuk bercinta supaya di `support`.Orang yang sensatif juga begitu.

  • Perkahwinan perlu mendapat restu mak dan ayah dalam mendapat keberkatan.

  • Matang awal adalah digalakkan berkahwin awal.Matang di sudut emosi,fizikal dan mental.

  • Paling mustahak adalah matang EMOSI.

  • Kebanyakan kes ceria di malaysia adalah kerana masalah remeh temeh seperti nasi panas sangat dan sebagainya (contoh dari ahli panel).

  • Ketika undergraduate tak digalakkan kahwin kerana masalah wang dan sebagainya.

Itulah sedikit point.Dan kebanyakan ahli panel adalah kahwin awal .Sebagai contoh Prof. Dr M. Hamdi berkahwin pada usia 24 tahun ketika mengambil master.Mungkin ini kot definisi awal.


Kahwin oh kahwin?


Saya cukup bersetuju bahawa perkahwinan itu bukanlah satu jalan semata-mata ingin mengelakkan maksiat.Tapi ia adalah tentang komitmen terhadap pasangan.Bagi mereka yang ingin berkahwin awal maka persediaan perlulah dibuat dari sekarang.Buatlah tabungan awal walaupun anda masih di tahun 1.


Berapa ramai yang bercerai dan diceraikan kerana perilaku sendiri.Sikap bengis,panas baran mestilah diturunkan.Perkahwinan adalah ketenangan bagi mereka yang sekufu.Ego dan perilaku buruk bakal merosakkan rumah tangga .Kesimpulannya kahwinlah awal jika sudah cukup persediaan dan mendapat restu ibu bapa.


Ingatlah jangan cemari perkahwinan yang mulia dengan cerai.Hormat menghormati saling hargai menghargailah sesama pasangan.Pujian pasti menaikkan seri rumah tangga.(Nasihat macam dah kahwin plak...ha2)

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *