Tahniah buat SPM 08

Tahniah diucapkan buat pelajar Maahad Muhammadi Perempuan kota bharu, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.


Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini. Image

Dengan keputusan itu Nik Nur Madihah juga meraih pelajar paling cemerlang di Kelantan dalam peperiksaan terbabit.


Pasti kerajaan pusat malu hendak mengumumkan akan kejayaan sekolah agama kerajaan kelantan.Tak mengapa.Tapi kementerian harus menerima hakikat ini.


Tahniah juga buat adik tersayang Nurnadiah atas kecemerlangan dalam SPM yang juga penuntut Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu.


Tahniah dan terus tahniah.Moga ramai-ramai masuk UM.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *