Anda mungkin tidak tahu?

Apa agaknya yang sedang diucapkan oleh Dr. Salihin di makmal kultur tisu haiwan...erm..


1. Melastoma malabathricum adalah spesis senduduk yang mengandungi 3 jenis alkaloid. Quecertin, quecitrin dan rutin. Ianya digunakan untuk anti-radang( merah2 pada kulit),anti-ulser.


2. Daun senduduk jenis ini adalah mengandungi anti-ulser dan antihypertensive agents.


3. Warna merah, purple dan biru pada bunga ditaman anda adalah disebabkan bahan kimia semulajadi iaitu anthocynins.

4. `Morphine` dihasilkan oleh pokok papaver somniferum atau pokok popi digunakan untuk ubat tahan sakit ..tapi jika digunakan secara berlebihan boleh membawa ketagih.


5. Organ manusia boleh dihasilkan di dalam makmal ( invitro). Contoh telinga manusia boleh dihasilkan dalam makmal melalui teknik kultur tisu.


Dr. Salihin sedang `berdemo` cara mengambil tisu dari paha ayam..bukan untuk makan tau...


6. Memosine daripada mimosa pudica ( semalu) akan menyebabkan haiwan yang memakannya mengalami gugur bulu-bulu.


7. Perbezaan antara fungus dan bakteria dalam `plate` adalah permukaan bakteria berkilat manakala fungus tidak berkilat.


8. Quinine dari `Chichona bark`adalah ubat kepada demam malaria.


9. Jika anda demam selsema, ambil air isotonik seperti 100 plus dan campurkan dengan sedikit air biasa dan minum.Insyaallah ok.Jauhkan memakan panadol kerana ia memudaratkan untuk jangka masa panjang.

p/s sedikit perkongsian ilmu .

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *