Bercinta atas nama Dakwah..

Mana satu mahu di pilih ni? Pilihlah kerana agamanya..


Salam ceria...sahabat bahagia,


Kali ini ingin saya bicarakan soal cinta.Kalau suatu masa dahulu , kecoh dalam dunia dakwah istilah `cinta anta ..anti` dan pelbagai istilah serta tafsiran menjadi buah mulut dan komen-komen di media massa.Apa kena dengan cinta? Salahkah aku bercinta? Itu mungkin suara hati sang jejaka atau sang dewi-dewi muda... Cinta itu fitrah wahai sahabat. Bohong siapa kata dia tidak punyai rasa cinta. Bagaimana dikau melaksanakan dan kau mengaruhkkannya..itu yang silapnya.


Bercakap soal dakwah jangan samakan dengan islah.Ia suatu benda yang berbeza wahai sahabat.Namun bagi saya , dalam konteks penulisan saya ini...dakwah yang saya maksudkan adalah sama dengan islah. Walhal ungkapan dakwah dikhususkan untuk non-muslim dan islah untuk muslim.Keduanya punyai proses yang sama namun pendekatan adalah berbeza.Kembali pula kita pada topik kita kali ini.


Cinta atas nama dakwah ini sememangnya cukup tersohor dikalangan para Du`at dikampus-kampus mahupun di kolej-kolej islam. Mari kita muhasabah diri. Adakah kerana inginkan cinta ..maka kita sulam ia dengan nama dakwah. Apakah ada udang di sebalik batu?Atau memang diri ini ikhlas untuk bercinta dan mengajarkan Islam pada pasangan?


Pernah sahabat saya memberitahu ingin berkahwin dengan perempuan cina..sebab dakwah tambahan pula perempuan itu cantik. Lalu bermain difikiranku..benarkah kerana dakwah, atau dikau hanya mahukan cantiknya? Atau kerana aku sahabatmu..kau susun kata-kata manismu untuk membenarkan tujuan hitam hati mu? Setiap perilakumu sebenarnya menggambar apa yang tersurat dihati mu.


Bercinta atas nama dakwah kadang-kadang boleh merosakkan jika perhubungan itu tidak disulam atas landasan Islam sebenar. Bercinta biarlah membawa kepada perkahwinan. `Sms` siang malam tak berhenti... lihat cermin nampak si dia..makan nampak dia..Betulkah itu cinta Islam. Saya juga pernah seperti kamu wahai sahabat.


Bagaimana pula sang pendakwah yang menghiasi ayat-ayat Allah dibibirnya di setiap majlis ilmu namun disebalik itu, dihiaskan bait kata `sayang`2, `i luv u` dan sebagainya dalam ym?Adakah ini cinta suci?Adakah ini cinta yang islam anjurkan? Jangan jadi seperti mana Allah ingatkan dalam surah Assoff ayat 2 dan 3.




Buatlah muhasabah sendiri.Pandangan dan pertanyaan sekadar perkongsian untuk kita sama-sama meng`koreksikan` diri sendiri. Jangan lah kita menjadi manusia yang bermuka dua. Jadilah diri mu yang sebenar.Moga yang telah temui cintanya..maka sulamilah dengan takwa dan hiasilah dengan bunga-bunga islam.Jagalah sekuat mana yang kau boleh.Nescaya kau akan mendapat nikmatnya di kemudian hari. Siapa dirimu sekarang mencerminkan anak cucu mu kelak wahai sahabat.Bagi mereka yang masih mencari..teruskan pencarianmu..biarlah pencarian mu itu dengan kesucian hati. Bertatahkan AL QURAN dan Al HADIS.


Namun begitu, jika kita sulam cinta dengan pakaian Islam, nescaya akan lahir baitul muslim yang sebenar.Seterusnya mujtama` muslim dan suatu masa nanti tidak mustahil daulah islamiyah seterusnya khilafah islamiyah bakal tertegak..Insyaallah. Sekian bicara soal cinta. Bukan bicara kosong tapi muhasabah buat pendakwah yang hatinya masih lembut mendengar kata-kata nasihat. Muhasabah buat orang biasa yang bisa saja menerima teguran.


p/s: Mohon maaf jika tiada ilmu yang dapat kita kongsikan.Cuma sekadar peringatan buat diri yang lupa.
Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *