Berehat seketika...


Salam.Bulan april merupakan bulan exam, dan viva buat penulis.Terasa berat pula hendak mencoretkan selagi mana tidak penulis selesaikan segal-galanya.Namun sebelum penulis berehat seketika dalam alam blog ini...ingin mengambil kesempatan disini untuk mengingatkan diri penulis dan sahabat sekalian akan pentingnya amanah.


Penulis sejak kebelakangan melihat dari pengalaman seharian ramai manusia mula mempermainkan amanah diberikan.Tugas diberikan dipermainkan.Rahsia yang dikongsikan di bocorkan dan seumpamanya.


Islam suatu ketika hebat kerana nilai islamnya.Namun pabila tiba zaman kemusnahan..maka amanah kepimpinan mahupun amanah yang lebih khusus (individu) dipermainkan dan diabaikan dengan pelbagai alasan untuk mengelak diri atau pun untuk menghalalkannya.Ingat..ketika mana kau berjanji ( bai`ah) maka disitu bermula tanggungjawab mu.Jangan kau pandang enteng akan segala tugas yang diberikan.Sedikit luahan ini untuk ingatan penulis dan sahabat sekalian.Semoga terus sukses dalam bidang masing-masing.Doakan kejayaan penulis dalam exam.


p/s: penulis masih tercari-cari template blogspot yang terbaik untuk melakukan transformasi besar-besar dalam alam siber.Namun masih menantikan transformasi juga dalam kehidupan.Cume precursor nya belum ditemui.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *