Jangan membenci mereka!

Salam. Saya selalu diingatkan oleh sahabat karib saya , tinta sufi haraki, akan peri pentingnya menjauhkan diri dari sifat buruk.Nasihat dan teguran menjadi pedoman buat diri.Namun, manusia mana yang sempurna? ( walaupun maksud nama adalah sempurna).


Mungkin kadang-kadang sesetengah perilaku manusia membuatkan kita menghukumnya secara total.Padahal di sebalik kelemahan yang dia tunjukkan ..lebih banyak kebaikan yang dia lakukan.Seumpama kotoran titik hitam pada sehelai kain putih.Hanya titik hitam itu sahaja menjadi ukuran manusia..sedang keputihan itu tidak diukurnya.


Jangan membenci seseorang kerana kelemahannya dan keburukannya..tapi bencilah syaitan yang memperdayakannya...maka rawatilah ia dengan pelbagai cara yang kamu ada..Tapi dengan penuh hikmah agar dia tidak menjadi lebih sesat...


Hadis diatas menceritakan perilaku yang sewajarnya dilakukan oleh seorang muslim.Baca dan hayati.Tiada cerita lain yang boleh saya selitkan lagi.


Daripada Abu Hurairah r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda:


" Jangan memarahi wanita mukminah, jika kamu benci akan perangainya, nescaya ada pula yang menyenangkan daripadanya"


-Hadith riwayat oleh Muslim

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *