Nasihat untuk adik ku...


Aku juga seperti kamu sayang ku,
Aku juga seperti yang bermain difikiranmu,
Aku juga punya dosa,
Punya noda...


Adikku,
Ku nukilkan sebagai ingatan diriku dan diri mu,
Jika kau membacanya,
Jika kau meneliti setiap bait kataku,Kau selamilah maksud ku....


Adikku,
Sesungguhnya aku juga pernah tenggelam dalam laut,
Laut cinta yang melemaskan aku,
Laut cinta yang menjauhkan aku dari tuhan ku,
Laut cinta yang berbunga di dalamnya syaitan bertuhankan manusia,
Dan kau sebenarnya sedang kearah itu,


Aku menghalangmu kerana sayang ku,
Kerana cintaku pada mu,
Kerana ianya menjadikan manusia gila,
Kerana laut itu kau lihat damainya,
Kau lihat cantiknya,
Kau lihat birunya,
Tapi tidak kau rasa masinnya...
Tidak kau rasa gatalnya...


Adikku,
Kau pemegang panji Allah,
Kau pejuang masa hadapan,
Kau senjata kuat ayah dan ibu,
Setiap langkahmu aku perhatikan dari jauh,
Setiap tutur katamu aku amati benar-benar,
Kerana aku sayang padamu...


Adikku,
Aku juga berdosa seperti mu,
Aku juga takut seperti mu,
Tapi ingatlah,
Selepas engkau memegang lafaz itu,
Jangan kau berundur dari jalannya,
Nanti kau akan rasa nikmatnya,
Aku juga belum pernah merasa nya,
Tapi aku punya rasa yang ku rasa kita akan dapat merasa....


Adikku,
Selepas kau mula menapak dan bertatih dalam dunia hebat sebagai remaja..sebagai dewasa..,
Kau bagai perwira di medan perang,
Tapi biarlah keperwiraan mu itu ...
Lahir dari jiwa mu yang membunga...
Bunga-bunga kefahaman...
Bunga-bunga islam


Adikku,
Bait ini aku karang untuk kau baca,
Untuk kau teliti maksudnya,
Untuk kau fahami segalanya tentang agama,
Aku juga buta seperti mu,
Tapi kita perlukan lampu itu adikku,
Lampu iman...


Kita perlu lampu yang bisa membawa kita,
Mencari jalan pulang,
Membawa kita melihat alam gelap,
Tanpa kita rebah tersungkur,
Mari bersama mencari lampu itu,
Dalam gelap malam ketika manusia sedang nyeyak tidur,
Ketika manusia sedang di alam cinta mereka...
Marilah.....
Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *