Pesta Buku Antarabangsa KL-Disini kita bersua....


Salam ceria,


Usai saja peperiksaan yang daku kira `killer` sem ini , Bioseparation, terusku langkah menuju ke motor Wave hijau dengan bersahaja.Teringat janji dengan adik usrah untuk ke pesta buku.Terus menggenggam telefon bimbit..memicit2 punat untuk bertanyakan, Syafie, jadikah ke pesta buku?


Tanda `Ya` ku pastikan lagi dengan call.Alhamdulillah.Pemergian kesana jam 11 pagi memekarkan lagi bunga kecintaan aku terhadap buku. Dalam kebobrokan kewangan ku gagahkan kaki ke sana walaupun ku bisa mendapatkan `buku itu` disini. Kelihatan adik2 ramai sangat disana.Segak dengan gaya masing-masing.Tertangkap ku kepada beberapa loghat yang amat kenal.Bahasa ibunda ku sendiri..kelantan.



Mereka tercari-cari dan mencari-cari carik-carik ilmu di sebalik ribuan bahkan jutaan karya-karya agung malaysia.


Promote buku ke? tak lah.sedikit gambar hiasan.hehe.


Tak kurang juga buku-buku dari luar negara sempat ku belek-belek. Hasrat ke `sana` masih ku genggam kemas di hati. Sedang mencari-cari `buku itu` ...dap
at kulihat gelagat mereka yang mencari sedikit pengisian diri.Tak kurang juga adik-adik cute memegang seluarku.Ketayap putih.Sejuk mata memandang.Ku amati..oh..itu anak kepada seorang penyanyi nasyid Inteam ( nama dirahsiakan).Tak sangka boleh berjumpa di sini..hehe..teringat pulak gelagat dan ke`cutan` adik itu.


Kelihatan buku `Bercinta sampai ke syurga` karya ustaz hasrizal menjadi tarikan ramai.

Tak kurang juga buku-buku karya hebat Tok guru Nik Aziz.Di sebalik timbunan dan jutaan buku.. sempat ku lontarkan pertanyaan buat Syafie...'kenapa manusia suka membaca buku-buku picisan..sedang masalah utama mereka yang belum selesai lagi..iaitu akidah'..mereka lebih bahagia membaca bagaimana menarik hati pasangan dan sebagai nya..namun tak ramai berminat ingin mengetahui tentang akidah islam, tauhid dan sebag
ainya.Tidak ku katakan ianya tiada manafaat..tapi ku maksudkan...aulawiyat.Sebagaimana yang di tulis oleh Syeikh Yusuf Qardawi dalam Fiqh Aulawiyat.


Aku juga tercari-cari buku yang menemukan persamaan dan perbezaan dalam kehidupan.Mungkin sahabat tidak memahaminya.Biar ku seorang yang mengertinya.Dalam ribuan buku itu ku temui satu buku hijau terselit di balik buku-buk
u hebat.Ku hampirinya..nah...aku rasa seolah ku jumpai `buku itu`.


Buku karangan Dr `Aid al qarni ku tilik dan ku amati.Lalu ku beli. Untuk bacaan dimasa lapang nanti. Dalam ribuan manusia disana..kelihatan bakal -bakal Dr. dar
i PSIPUM ..wah meriah. Mencari ketenangan kot.Keluar dari sarang 6th mungkin satu kenikmatan ku kira.


Wah..sungguh bermanafaat sungguh kali ini. Terkadang terpaksa ku tolak ajakan dari abang-abang salesman yang mahu mengajak berbicara soal produknya. Ku tolak dengan baik. Kelihatan adik-adik comel sedang mengedar flyers di booth JI
M. Palestine.Pace. Itu sempat ku tilik.


Kelibat manusia-manusia yang tekun mencari-cari setitis ilmu Allah-Pesta buku Indonesia


Tahniah buat mereka yang meluangkan masa menyumbang barang setitik peluh untuk kerja-kerja islam ini. Tahniah adik! Ku simpulkan dar
i pesta buku kali ini....MANTOP= MANTAP kuasa 5..hehe.


Tahniah buat semua. Pasti semu tertanya-tanya apakah `buku itu`. Mahukah ku beritahu mu wahai sahabat ku..ataukah dirimu sendiri ingin kesana mencarinya...`buku itu` adalah buku cinta bagi yang mencari `cinta`, buku motivasi kepada yang mencari motivasi dan buku kepada`buku` bagi yang mencari erti nilai ilmu dalam buku-buku.Masih tidak fahamkah saudaraku...hehe...`buku itu` adalah...` Aku, Buku dan Cinta- karangan Dr `Aidh Bin Abdullah Al Qarni. Teruskan membaca dan menimba ilmu...


Dr `Aidh Al Qarni-karanganmu membuat aku menginsafi kelemahan diri. Kau tidak punya apa sebenarnya..tapi sedikit nikmat penulisan Allah kurniakan padamu..Moga ku juga punya peluang..




PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *