Piala FA- Kecundang sudah kah?


Salam `alaikum.


Piala FA baru saja melabuhkan tirainya.Sempat saya menggagahkan kaki menonton dalam 20 minit pertama walaupun kehendak hati atau minat tidaklah menebal terhadap bola sepak. Kemeriahan saya dapat rasakan walaupun tidak berada di stadium. Ramai sahabat seperjuangan menyertai sama-sama menyokong pasukan kegemaran masing-masing.


Saya?..tidaklah menjadi peminat bola yang fanatik. Memang tak berminat untuk mengikuti perkembangan....tengok tu boleh saja lah..orang kata layannn...Teringat pagi tadi ke kuliah ilmu Syeikh Nuruddin Al banjari Al makki di masjid wilayah..ternyata syeikh tak terlepas dari bicara soal bola..katanya" lebih elok jika kiranya diberi bola 22 biji..setiap orang dapat satu..kan bahagia tu"....tergelak aku mendengar lawaknya.


Ternyata lawak ini pernah saya dengar juga dari seorang ustaz di kelantan. Hebatkah bola? Ada sahabat sanggup berjaga untuk menontonya...tiada ungkapan mengkritik mereka yangdapat saya lontarkan..mungkin ada sebab kot kenapa mereka begitu menggilai bola. Kaum hawa juga ada yang punyai minat sama.


Betul tak muslimat-muslimat?Jangan segan-segan untuk mengatakan YA.


Bola oh bola. Itulah sedikit coretan mengenai bola.Agak sedikit terkejut dengan kekalahan kelantan walaupun hanya tengok sekejap.Kerana bagi saya pada separuh masa pertama ( 20 minit) ternyata kelantan menguasai. `Ala kullihal...itu hanya bola.Tak lebih dari sebiji objek bulat yang mahu dibawa dan di sepak ke dalam gol saja.


Pada peminat bola..maaf ya, kalau anda terasa.Tapi berapa ramai yang mahu menghimpunkan diri di masjid atau surau? Berapa ramai sanggup berpayah dan berhabis wang kerana agama? Tapi berapa ramai yang sanggup tidak solat semata-mata kerana bola? Tidak saya lontarkan pertanyaan untuk mengatakan saya hebat.Tapi sekadar peringatan untuk anda dan saya berfikir sejenak nasib umat islam dan mencari jalan untuk membantu mereka.Sekian.
Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *