Siapa kata perempuan lemah?

Tahniah buat mereka bergelar ummi kepada anak2, isteri kepada suami, polis kepada masyarakat dan banyak lagi.Syukran


Salam. Perempuan dicipta sebagai pelengkap lelaki.Begitu juga sang lelaki di cipta Allah sebagai pelengkap sang perempuan. Peranan sang lelaki lebih berkitar kepada aktiviti yang bersifat tenaga manakala wanita am nya lebih bersifat lembut dan berkitar dalam kitaran kerja-kerja ringan. Namun bila dunia sudah berubah...peranan mula bersilih ganti mengikut keadaan.




Pernah saya lihat..penatnya seorang ibu tua berkerja sebagai buruh membuat jalan raya. Cuba sahabat rasakan kalau sahabat berada di situ.Airmata rasanya tak rugi untuk ditumpahkan..mengenangkan nasib umat manusia dunia moden ini.Cukup menginsafkan.


Dunia bergerak pantas.Munculnya kelompak yang ingin kan penyamarataan seperti Sister In Islam. Ketahuilah...keadilan bukan bermaksud sama nilai.Tapi keadilan adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya.




Keadilan?


Saya berikan contoh....ketika kecil dalam umur saya 13 tahun...ketika itu saya punyai 3 orang adik lelaki.Saya yang paling sulung.Bagaimana aplikasi keadilan?...Untuk duit belanja ke sekolah..abah memberi saya sekitar rm 3 sehari.Manakala adik saya lelaki yang sedang belajar tahun 6 hanya mendapat rm 1 dan lelaki yang satu lagi masih tadika( duit diberi dalam 50 sen). Itulah keadilan.Kenapa ya.......Kerana rm 3 adalah untuk tambang bas ulang-alik ke sekolah dalam rm 1.5.Selebihnya buat saya belanja. Dengan mengambil kira kemampuan kewangan dan kemampuan berfikir maka abah memberi saya lebih 50 sen berbanding adik2 dengan tujuan mendidik saya berjimat cermat. So lebihan itu disimpan. Jika abah menyama-ratakan soal ini..mungkin adik saya akan membazirkan wang kerana dia memang peng`gila` barang2 permainan almaklum lah budak2..hehe...Itulah contoh keadilan sebenar dalam islam yang saya faham.




Berbalik pada kisah muslimah/perempuan/wanita tadi pun begitu. Peranan mereka juga cukup hebat sehebat kisah angkatan perang khalid.Mereka juga punyai peranan sehebat tokoh-tokoh agung lain. So, jangan nafikan mereka..tapi cuma hukum adat menyatakan perempuan itu sedikit lemah disudut tenaga tapi kuat disudut rajinnya.Fikir-fikirkan lah.



Saya menulis bukan untuk memuja atau memuji tapi inilah hakikat yang perlu ditelan oleh insan bernama lelaki.Ketahuilah bahawa setiap wanita itu juga perlukan kehidupan yang sempurna seumpama yang dinginkan oleh lelaki. Disini saya letakkan gambar-gambar kehebatan muslimah sejati di Iran bukan untuk mengagungkan mereka tapi sekadar untuk kita lelaki tidak menafikan hak-hak mereka.


p/s: terima kasih buat sahabat seangkatan..Ghauth atas gambar yang dikirimkan.Chayyok!
Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *