Bila cuti tiba....

Aktiviti paling banyak berlaku bila cuti tiba...Excited la tu..he


Bila cuti tiba,
Adik semua pulang ke desa,
Sunyi rumah dulu kala,
Kini riuh memecah gegak gempita,


Bila cuti tiba,
Rakan-rakan bertemu mata,
Riuh rendah Pasaraya,
Bila reunion dibuat bersama,


Bila cuti tiba,
Khemah mula dipasang sini sana,
Al maklumlah kenduri besar tiba,
Dua manusia mengikat setia,


Bila cuti tiba,
Kad besar datang menimpa,
Khemah-khemah siap sedia,
Menanti kunjungi mempelai bahagia,


Bila cuti tiba,
Poket penuh kurangnya pula terasa,
Tapi rasanya tidak apa,
Bila lagi meraikan saudara,
Bersanding dihari bahagia,


Bila cuti tiba,
Jangan pula duduk sahaja,
Jadikan buku teman setia,
Lepas baca ..ingatlah isinya,


Bila cuti tiba,
Kad-kad kahwin pun tiba,
Kad-kad reunion juga menimpa,
Tapi tak pe asal semua bahagia......

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *