Di luar kaca di dalam intan?



Salam ceria,


Beberapa hari tidak update blog, menyebabkan tak keruan rasa dihati. Ketika coretan ini ditulis saya kini sudah selamat berada di kampung halaman nun jauh 500km dari kota metropolitan KL. Insyallah, mulai esok akan bermulalah Latihan Industri saya di Pejabat Veterinar Kota Bharu.Doakan saya selamat dan sukses.


Bila merujuk tajuk diatas, benarkah wujud apa yang saya katakan diluar kaca didalam intan?


Dengan pelbagai persoalan mungkin bermain di minda sahabat-sahabat. Adak ah frasa seumpama ini wujud?Bukan saya ingin menghuraikan frasa disudut bahasa melayu?Tapi frasa diatas ingin saya ceritakan akhlak manusia.Walaupun saya bukanlah mereka yang `a`rif dalam bidang ini namu kisah hidup saya dan pengalaman yang sedikit ini saya menggerakkan hati ini berkongsi dan nasihat menasihati antara satu dengan yang lain.


Diluar kaca didalam intan bermaksud akhlak yang dizahirkan tidak sama dengan yang tersemat dijiwa?Benarkah?. Akhlak bermaksud perilaku seharian yang tertonjol dengan spontan. Pabila persoalan ini saya ajukan kepada seorang sahabat maka jawapannya ; agak sukar untuk mendapatkan mereka yang diluarnya kaca didalam intan tapi kebanyakannya adalah kaca diluar didalam juga kaca. Akhlak diluar akan tertonjol hasil perlakuan seharian atau tabiat.


Lihat sahabat, betapa tinggi akhlak saidina Abu bakar, seiring dengan amalan sehariannya. Agak sukar untuk diterima bila seseorang berpandangan


“ apa yang diluar tak semestinya sama, ia bergantung pada niat dihati, saya tak pakai tudung pun tak pe, Allah tak tengok semua itu, yang penting hati baik”


“Anta jangan salah faham dengan akhi tu, dia diluar sahaja Nampak buruk akhlaknya tapi pengamalannya nah! Hebat sekali dengan pelbagai zikir dan solat tahajud”


“ You jangan tengok I macam ini, I sebenarnya baik tau”


Itulah sedikit perkataan yang mungkin kita hadapi bagi mereka yang ingin mem`backup` perilaku seharian yang buruk dengan tirai ego.


Sedarlah! Akhlak juga boleh menjadi dakwah indirect( tak langsung). Perilaku nabi SAW lah yang memungkinkan kafir-kafir di zaman beliau memeluk Islam yang benar. Terutamanya aktivis dakwah apatah lagi kepada pimpinannya.



Berhati-hatilah dalam setiap perilaku mu…ilmu akhlak mesti dipraktikkan. Bukan sekadar menjadi teori yang terbenam dijiwa sahaja. Syeikh Nuruddin Albanjari Al Makki dalam sebuah kuliah ilmu di Masjid Wilayah Persekutuan ada memberi perbezaan Alim dan Faqih. Katanya Alim member maksud orang yang tahu atau menguasai sesuatu bidang manakala faqih pula bererti orang yang menguasai sesuatu bidang dan dia MENGAMALKANNYA!


Lihat sahaja sebuah hadis nabi SAW yang bermaksud: “ Allah tidak melihat rupa kamu dan harta kamu, tetapi Allah melihat hati kamu dan amal perbuatan kamu”.


Jelas jika difahami perkaitan antara hati dan amal perbuatan. Apa yang lahir dihati itulah yang bakal tertonjol di luar. Iman kadang-kadang bleh diukur dengan akhlak. Lihat tokoh-tokoh alim ulama yang terkemuka seperti Syeikh Yusof Qardawi, Hassan Al Banna, Tuan Guru Nik Aziz..bagaimana akhlak mereka? Tepuk dada Tanya iman.


Perang akhlak berlainan jantina?


Terdapat juga segolongan manusia yang `elergik` lelaki juga yang `elergik` perempuan. Tak pastilah kebenarannya? Namun sememangnya wujud jenis yang ber `ego` tinggi. Tak kira sesame lelaki mahupun sesame perempuan mahupun kedua-duanya. Mereka ini sangat ego bila berhadapan dengan jantina berlawanan.


Untuk yang jenis ini saya tak boleh komen. Namun bagi saya, jika akhlak dan agama kita jadikan panduan, tak timbul soal ego. Masing-masing ingin menang bila bercakap. Bila berbicara dan berdiskusi masing-masing mahu berjaya dengan hujah masing-masing. Sikap seumpama ini tak kemana.


Ego ibu segala sifat Mazmumah kata T.G Nik aziz dalam buku Tundukkan Hati. Tepuk dada..berubah lah! Jangan akhlak mu menjadi fitnah kepada ISLAM yang sememangnya menghasil mereka yang tinggi nilai Akhlak mereka tambahan pula kepada para pendokong dakwah ataupun ahli kepada persatuan atau jemaah Islam.

Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *