UFO?..Cinta pertama saya..

Awas..jangan mudah tertipu dengan gambar yang diedit!

Salam Ceria,


Tajuk diatas merupakan manifestasi `kegilaan` saya sewaktu belajar di Sek Men Ugama Arab Pasir Mas( sekarang Maahad Muhammadi Pasir Mas). Dalam tingkatan 1-3.Disitu saya mengkaji ,meminjam dan menerokai alam misteri. Alam yang sering dibiarkan dan diasingkan oleh manusia seusia saya bahkan kebanyakan manusia tidak menghiraunya.


Sanggup saya ketika itu, menghabiskan separuh hari selepas waktu sekolah di Perpustakaan semata-mata untuk mengkaji dan melihat UFO melalui pembacaan dan pemerhatian hampir setiap hari.


Waktu itu, semangat dan `curiosity` untuk mengetahui alam `satu` lagi tidak dapat saya bendung.Waktu itu saya beli 2 buah buku yang sehingga kini saya masih menatapnya." Berdialog dengan Jin Islam dan "Dajjal muncul di segitiga bermuda" keduanya karangan Isa Dawud.Sungguh hebat bukti2nya jika anda adalah peminatnya. Itulah CINTA saya yang pertama.
Dalam keghairahan mencari erti UFO dan alam ghaib..maka Allah pertemukan dengan apa yang saya cari. Minat saya untuk mengkaji UFO mula mekar sejak darjah enam. Ingat lagi sewaktu pulang dari masjid, abah memang terkenal dengan perwatakan sederhana dengan teknik membawa kenderaan dengan keadaan yang sederhana( tak laju)/ sambil memandu.. sambil berkongsi pandangan( lepas ini boleh praktikkan kat generasi akan datang). Diwaktu itu, saya lihat satu objek berputar dengan mengeluarkan warna-warni cahayanya. Lantas saya bertanya pada abah apakah itu?


Lalu abah menjawab itu hanyalah tak lebih dari sebuah kapal terbang. Pada masa tersebut , saya tidak bersetuju dengan kata-katanya. Masa kan kapal terbang berbentuk bulat dan berputar dengan mengeluarkan lampu berwarna-warni. Warna paling jelas saya lihat Hijau. Tak dapat saya buktikan melalui gambar kerana tapi ianya menjadi kisah hidup saya.


Kisah 2


Abah sememangnya terkenal dengan kemahiran menggunakan alatan mengukur tanah( saya lupa apa nama alat tersebut..bentuknya seolah-olah teropong dan berwarna kuning). Abah pasti akan membawa balik alat itu ke rumah. Katanya jangan main-main alat ini puluhan ribu ringgit.


Saya kira beliau tahu kegemaran saya terhadap benda-benda pelik.Pada suatu malam di bulan Ramadhan, Abah memberikan saya peluang untuk melihat dengan dekat bulan menggunakan alat tersebut. Masayallah. Rasa nak meleleh air mata bila melihat bulan dari dekat. Jantung pasti berdegup. Dengan teropong itu, saya boleh lihat secara jelas tompok-tompok kawah pada permukaan bulan.


Kisah nak saya bawakan berlaku ketika saya sudah agak remaja dalam usia belasan tahun. Keluarga memang mengetahui kegilaan saya terhadap objek pelik dari langit. Terkadang saya melihat sesuatu yag pelik dilangit dan saya ceritakan pada keluarga semuanya `buat` tak tahu sahaja. Sedih tapi, bila kenangkan balik bagaimana ahli sains dahulu bekerja dan mengkaji sehingga manusia menuduh mereka itu gila dek kerana pelbagai teori yang menjangkau masa ketika itu.. sudah cukup mengubat jiwa.


Anda menilainya dengan kefahaman bukan dengan penglihatan

Satu ketika saya dan adik, Hisyam bersantai diluar rumah, tiba-tiba...jelas kelihatan dilangit objek `oval` berwarna oren jatuh kebumi. Belum sempat jatuh lebih dekat dengan permukaan bumi.. kelihatan asap berkepul-kepu seolah-olah sebuah pesawat menjunam jatuh dan terpecah kepada dua. Ingat lagi diwaktu itu, satu kampung kecoh. Saya merupakan salah seorang yang meilhat secara dekat detik-detik objek itu. Itu nikmat bila anda mengkaji dan Allah buktikan kewujudan mereka. Keesokan harinya, tiada pun berita tentang pesawat yang terhempas. Tapi ianya berlaku..sehingga kini saya masih teringat detik itu dan penuh pertanyaan bermain difikiran...


Sepanjang pembacaan saya, saya kira UFO adalah jin. Walaupun benak hati mengatakan ada kemungkinan makhluk lain. Wallahu`alam. Banyak lagi cerita yang pelik saya alami untuk dikongsikan dengan sahabat sekalian. Namun dalam pencarian saya itu, saya temui banyak bukti kuasa Allah.


Sekarang minat itu makin luntur dek kesibukan dan kekangan masa untuk melihat objek langit. Kalau dahulu saya suka melihat langit diwaktu malam, kerana keindahan bintang yang meneranginya namun kini saya takut melihat langit dek pekatnya hitam yang `takut-takut` menimpa diri. Apa yang saya tulis ini merupakan cerita hidup saya. Terpulang pada teman dan sahabat untuk mempercayainya. Sebab itu saya cukup bersyukur kerana saya sering diberikan Allah nikmat menjumpai dan merasai apa yang saya cari.


Carilah makna hidup kamu dengan sungguh-sungguh nescaya Allah memberinya, lantas kau akan rasa nikmat yang BESAR dengannya. Tapi jika kamu hanya mahu menjadi pengikut kepada arus alam...maka tiada erti dalam hidup mu..mata mu takkan menjadi tajam, hati mu takkan menjadi lembut, perasaan sayang takkan menjadi bunga dalam hati, jiwamu akan kosong..hidupmu tiada erti tanpa pengalaman.


Anda mahu tahu lebih lagi, jumpa saya. Banyak cerita yang boleh dikongsikan tentang mimpi ,jin ,UFO, planet-planet dan pelbagai cerita pelik yang menjadi garis-garis warna-warni yang mencorakkan kehidupan saya. Anda bagaimana?


p/s: saya menulis anda menilai. Tiada lah saya merayu pada sang pembaca untuk mempercayainya. Tapi percayalah kewujudan Makhluk Ghaib yang telah Allah nukilkan dalam ayat-ayat CINTA Allah( Al quran) diawal surah Al Baqarah ayat 3. Sekian.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *