Ukhwah biskut kering


Salam ceria,


Ukhwah biskut kering..?camana tu?Mesti semua pelik.saya pun pelik..hehe. Itulah hakikat biskut kering. Ukhwah pun begitu.


Ukhwah


Apa itu ukhwah? Ukhwah adalah ikatan persaudaraan antara kita sesama islam. Ikatan persaudaraan islam biasanya diikat oleh kefahaman akidah yang sama. Pelbagai tafsiran ukhwah jika anda belek buku-buku hebat. Ada yang mengandaikan ukhwah diukur dengan ingatan sahabat terhadap sahabat yang lain seperti tarikh lahir, tempat tinggal dan sebagainya.


Ada juga yang mengukur ukhwah dengan ingatnya sahabat terhadap sahabat lain dari segi nama sahaja. Tak hairanlah bila ada orang pernah dituduh..." ana rasa tak de ukhwah dengan anta..dah la tak ingat tarikh lahir ana..ana ingat anta".Itulah contoh kata-kata sesetengah dari kita yang menyalahkan sahabat yang lain kerana tidak mengingati tarikh lahirnya. Itu ayat lelaki kepada lelaki.Bagimana pula ayat perempuan kepada lelaki?...hehe.


Bagi saya, setiap orang punyai kelebihan masing-masing, ada yang kuat ingatan maka semuanya dihafal sehingga ke ahli keluarga..ada yang sekadar ingat nama sahaja. Bagi yang kuat ingatan ..maka ingatlah apa yang boleh anda ingat. Tapi bagi yang lemah...jangan pula si kuat ingatan menuduh yang lemah sengaja tidak mahu ingat. Maka ber `husnu zan ` lah ( bersangka baik).


Ukhwah biskut kering


Ukhwah biskut kering sering berlaku pada kita. Jika seseorang itu punyai kepentingan bagi kita maka kita akan mengingatinya. Namun jika seseorang tidak kita sayang atau kita benci maka tiada ruang ukhwah baginya. Itulah hakikat yang tidak elok yang mungkin telah kita bina dalam diri.


Biskut kering bila dibiarkan terdedah dengan udara sekeliling maka ia akan lemau.Dan dibuang begitu sahaja. Begitu juga ukhwah jenis ini, tak kekal lama, bila seseorang sudah tidak memberi manafaat pada kita maka kita akan melupainya. Betul tak?


Pernah kah anda tahu bahawa bila seseorang kita ingati dan kita sebut nama nya atau bertanya khabarnya pasti dia akan menghargai kita. Sebagai contoh seorang ketua menanyakan khabar keluarga pekerjanya yang sakit. Pasti pekerja itu sangat gembira.


Imam hassan al banna merupakan salah seorang ketua yang hebat dalam bab ukhwah ini.Ia dinyatakan dalam buku `How to win and influence people` ..jika anda ingat nama seeorang atau orang bawahan anda maka anda akan dihargainya.Malah disayanginya.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *