Bahasa Kelantan

Inilah gambar budu.Tapi saya x minat jenis ini.Banyak sangat rempahnya..haha


Salam Ceria,


Hari ini saya ingin berkongsi beberapa perkataan yang biasa digunakan oleh orang-orang kelantan dalam percakapan harian.Senang nanti jika sahabat berkawan dengan orang kelantan dapat fahaminya.Tidaklah nanti terpinga-pinga. Mari belajar bersama-sama.Tak rugi mengenali bahasa dan budaya orang.Saya juga belajar bahaja jawa.Tapi setakat `sigi`,`loru`` telu` `papat` tu boleh la..`Nyong arek mangan ke`..Sedikita perkataan jawa yang saya belajar.Mari belajar.


Erm..budu hok sedak ngoti

  1. Slogho---seloroh
  2. Sngoti---bersungguh-sungguh
  3. Gdebe---Samseng
  4. Kecek---Cakap
  5. Gocoh---Tumbuk
  6. Hungga--Lari
  7. Belawok--Menipu
  8. Agah-----Sombong
  9. Koya-----Perasan
  10. Denuh---Disana
  11. Make----Makan
  12. Kelik-----Balik
  13. Sekut---Biskut
  14. Hammbat--Kejar
  15. Gewe------Makwe /pakwe
  16. Ssummbak--blurr
  17. Stoko------Setongkol
  18. Skeleng---Syiling
  19. Koho---makin/slow
  20. Gaduh---nak cepat/rush

" Bledo ni lembek totik..muroh pulok tu..samah jah sebutir"


= Agar-agar ini sangat lembik.Murah pulak tu.Hanya 50 sen sepotong"


Ni lah sedikit perkataan menarik yang boleh saya kongsikan.Buat akhirnya saya masukkan dibawah ini beberapa simpulan bahasa atau penguat bahasa yang wujud dalam perkataan orang kelantan.


  1. Manih leting----Manis sangat
  2. Hite blege------Hitam legam
  3. Pahik lepe------Pahit sangat
  4. Tawa ebe-------Tawar
  5. Kerah kekong---Keras
  6. Come lote------lawa sangat
  7. Hudoh banga---x lawa
  8. Masing perak---masin sangat
  9. Gege gegok-----bising sangat
  10. Tere dere------terang benderang

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *