Ketiadaan internet merencatkan perjalanan


Salam ceria,


Sejak kebelakangan ini, terasa sempit jiwa.Mana taknya, perkembangan semasa dihujung jari sudah tidak dapat dperoleh seperti dahulu.Perpindahan keluar dari UM jelas menjejaskan sedikit sebanyak pengetahuan dan capaian maklumat terkini untuk saya.


Al maklum lah internet belum dapat dipasang di rumah sewa. TV memang suatu alternatif bagi mengetahui isu semasa, tapi ianya bukan alternatif yang bebas.Dengan capaian internet berita pembangkang pun boleh baca, berita government aka umno pun boleh baca.Dan baru boleh nilai kesahihan beritanya.


Bacaan politik saya ternyata tidak tepat.Kejayaan saya kira milik PAS di MU dengan majoriti 1500 ternyata salah.Tapi saya kira sebab-sebab `kekalahan` PAS ini telah diulas beberapa web-web.Boleh baca lah yer.


Internet sudah menjadi nadi utama pelajar-pelajar seperti saya dan kawan-kawan diluar terutamanya pelajar universiti. Selain belajar , perkembangan semasa juga penting untuk diketahui.Rugi rasanya jiwa dikatakan orang `katak dibawah tempurung`. Kalau bawah gelas OK lagi.Melihat tapi tak menyertai sama-sama dalam isu tersebut.Tapi lebih teruk, tak tahu apa-apa pun tentang Malaysia.


Itus sedikit cretan nak puaskan hati sesudah menjadi `mandom` beberapa ketika. Alhamdulillal terubat juga rindu dihati.Ini saja coretan kali ini.

p/s: Jumpa 1 OGOS 2009....Gerakan mansuh ISA dan malamnya konsert antara Benua anjuran GAMIS..Siapa berminat, boleh beli tiket ngan saya.K.
Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *