Pilihanraya Manik Urai: siapa menang?



Salam ceria dan bahagia,


Dentuman gong pilihanraya kecil Manik Urai sudah semakin kuat.Suasana disana pasti kian hangat. Khabarnya jumlah anggota polis hampir kepada nisbah 1:4.Iaitu seorang anggota polis bagi 4 orang awam.Bukan main ramai lagi. Percaturan hebat jelas kelihatan dikedua-dua belah pihak. Survey gelombang ke tiga saya kira masih berpihak kepada PAS. Hanya kawasan Manjor sahaja yang menjadi kubu kuat UMNO manakala 8 lagi kawasan ternyata cenderong kearah PAS yang diwakili oleh pemborong ikan dengan nama glamornya abe uji.




Terdapat banyak maklumat ingin dikongsi kepada teman sekalian. Daripada sumber orang kampung di Laloh, terdapat cubaan membayar rm 1000 seorang untuk 70 pemuda kawasan itu dengan tujuan untuk membubarkan pos PAS. Dan akan disiarkan oleh media.Namun hingga kini masih belum menjadi. Program anak angkat memang hangat.Saya kira bukan program anak angkat tapi nenek angkat.Sebabnya yang hadir ke setiap rumah sasaran untuk menetap adalah golongan tua UMNO dari seluruh tanah air. Bayaran diberikan sebanyak rm 500 untuk setiap rumah angkat.


Memang limpahan rezeki mencurah-curah datang.Tak kurang juga yang mengaut untung berlebihan.Rumah sewa sebelum ini rm 700 naik sehingga rm 3000.Dahsyat bukan..Namun tidak semua peniaga begitu.Ada juga yang masih maintain harganya seperti dulu.


Diceritakan, masih wujud lagi jumlah pengundi atas pagar yang ramai di hampir kesemua kawasan. Mahasiswa UUM digunakan untuk sepenuhnya untuk program yang berlangsung di sebuah sekolah di Manik Urai. Jentera kerajaan jelas turun mungkin atas paksaan untuk sama-sama berkempen.


Sejauhmana peluang untuk UMNO menang masih tidak dapat ditentukan lagi. Kehangatan ceramah pasti terasa disana. Namun pihak PAS juga harus berhati-hati dalam memainkan isu. Pengundi atas pagar sebenarnya mereka yang tidak memikirkan soal politik. Siapa yang tolong mereka maka merekalah yang akan diundi.Itulah situasi di manik urai.


Kematangan memilih akan menjadi penentu kemenangan.Diceritakan oleh seorang sahabat, terdapat orang kampung yang bercakap "kalau nak akhirat pilih lah PAS kalau nak harta pilihlah UMNO".Sejauh mana kebenarannya anda tentukan. Kematangan politik di kelantan jelas sekali berbeza dengan negeri-negeri lain.Ini kerana kelantan sudah ditadbir oleh kerajaan diwakili PAS sejak tahun 1990.Satu tempoh lama dan ia membuktikan penguasaan PAS yang menjalar ke akar umbi.


Saya masih tertanya-tanya kenapa Dato` Najib tidak turun ke Manik Urai? Adakah sememangnya manik urai tiada harapan untuk BN menang?Atau jika Dato` Najib turun maka isu Altantuya akan dimainkan.Mungkin seluruh kawasan akan ditampal gambar altantuya kot..ha2. Wallahu`alam. Buat pengundi manik urai, turun mengundi untuk menentukan calon terbaik pilihan Islam.Jadikan islam sebagai kayu ukur undi anda.Ibaratkan anda ingin memilih seorang imam untuk mengetuai solat jemaah. Orang jenis mana yang akan anda pilih?


SELAMAT MENGUNDI.

p/s: saya berpendapat PAS akan menang dengan majoriti 1500. (Tekaan sahaja)
Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *