Akhirnya turun takhta

Salam ceria, Ramadhan bahagia.Moga kalian semuanya sihat sejahtera dengan kehendakNya.


Pada 28 ogos 2009, maka terlakar hari bersejarah buat diri ini...peletakan sebagai Presiden ASMUM 08/09 sedikit sebanyak menerbitkan suasana gembira dalam sedih. Gembira kerana tanggungjawab selama setahun ku galas akhirnya ku lepaskan. Sedih kerana tidak banyak kata dapat ku kota..banyak pula kata yang menyakitkan jiwa.Ampun maaf ku pinta.


Tahniah pada dua adik usrah yang sekarang memegang pula tampuk ASMUM sesi 09/10..YDP: Nik Syafie ,NYDP: Muzammil, S/U: Farzilahyati dan Bendahari: Hayati.Moga kalian akan lebih sukses dari kami sebelum ini.Amiin.

Buat semua Exco-exco ASMUM yang lama, saya ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa terlanjur kata.Buat Exco akademik..Fitri and `Fatimah` yang berjiwa besar, KOSMIK yang korang buat memang banyak manafaatnya, Buat exco sukan..nik syafie n syarmila , aktiviti sukan memang best la..kene lagi gempak lepas ni yer..buat exco kenegaraan..anuar and Sofwah, saya faham anda sibuk dengan pelbagai tugas, terima kasih atas komitmen kalian, exco multimedia..zul azrin dan Johannah, tahniah atas bantuan anda selama ini.

Best bersama kalian tak dapat ku lupakan. Buat Ahli eksekutif tertinggi ASMUM, Bendahari, Syud..tahniah kerana berjaya kumpul duit yang sangat banyak untuk adik-adik akan datang, buat S/U..Ramlah..korang memang rajin sangat3.Terima kasih banyak2 bantu saya turun naik HEP..Last but not least..buat NYDP..Hasna Nadiah..terima kasih atas kerjasama awak..seronok berkerja kalau sekepala...Buat semua..AMPUN MAAF KU PINTA..


Ex-YDP ASMUM 08/09

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *